Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah
terus berteka-teki mengenai jawatan yang akan ditandinginya pada
pemilihan parti itu Oktober ini.
Bagaimanapun, veteran Umno berusia 76 tahun itu berkata, beliau berminat untuk bertanding pada pemilihan itu nanti.
"Hasrat (bertanding) itu ada, tapi untuk bertanding jawatan apa, saya belum tahu. Sehingga sekarang belum ada apa-apa keputusan dibuat, tunggulah sehingga hari penamaan calon nanti.
"Macam saya kata di Gua Musang minggu lepas, apabila ditanya pemberita, saya kata tunggu hari pendaftaranlah, kalau ada... ada, kalau tiada, tiadalah."
"Saya tidak tahu pasal tarikh perdaftaran orang yang nak menawar diri untuk jawatan parti sudah diubah, jadi akhir sekali saya dibisik mengatakan tarikh baru adalah 21 September.
Mungkin saya tidak ada dalam negeri (ketika tarikh itu),"katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini. Jelasnya, pertimbangan untuk bertanding mana-mana jawatan tinggi perlu dilihat sama ada beliau layak, dikehendaki (diperlukan) dan mampu memikul tanggungjawab (jika dicalon dan menang) dan pertimbangan itu terletak di tangan anggota Umno sendiri.
Kepada cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan Ku Li berkata, mengikut Perlembagaan, setiap ahli kalau layak, boleh menawar diri untuk bertanding mana-mana jawatan.
"Semua orang boleh bagi cadangan. Katakan semua jawatan dalam Majlis Tertinggi tidak dipertandingkan, bagus juga, itu mengamankan keadaan.
"Pandangan saya terbuka dan saya patuh pada Perlembagaan. Saya percaya beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) mesti yakin. Lagipun beliau telah lama menjadi Presiden," katanya.
Ditanya sama ada parti perlu lebih ramai generasi muda berbanding veteran, Ku Li menjelaskan, parti bukan hanya untuk golongan itu sahaja tetapi juga untuk semua jenis ahli.
Menurutnya apa yang penting, parti itu perlu kuat dan efektif dengan gabungan muda, senior dan veteran terus dikekalkan untuk kesinambungan parti yang lebih cemerlang.
Ku Li menarik perhatian, mana-mana anggota parti yang berhasrat untuk bertanding jawatan tertinggi termasuk Majlis Tertinggi perlu menjuaraipertandingan dan berpengalaman di peringkat cawangan dan bahagian dahulu.
"Jadi ada juga syarat-syarat yang menghalang penyertaan tenaga baharu, tenaga muda, yang patut diguna oleh parti, mengikut pandangan saya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan