Janji saya untuk melanjutkan tulisan mengenai Sabah, negeri kaya yang menyimpan pelbagai misteri kesengsaraan warganya, terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun, saya tetap berminat untuk terus menonjolkan sisi-sisi gelap penduduknya, tidak terkecuali golongan yang belum dapat dipastikan taraf kewarganegaraannya, yang merempat miskin dan jarang dipedulikan.
Kali ini lebih tertumpu kepada gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika saya di Sandakan baru-baru ini. Selain kedaifan perkampungan setinggan atas air, kebakaran besar di Kampung Cenderamata, Batu Sapi pada hari pertama Aidilfitri lalu turut mendedahkan kehidupan sukar anak-anak yang dinafikan hak untuk mendapat pendidikan asas.
Rakan saya, Azamin Amin, ditemani beberapa aktivis muda PAS setempat, antaranya peguam Haris Alimudin berjaya menjejaki lorong-lorong sempit berhampiran lokasi kebakaran. Mereka terkejut dengan gaya hidup seharian, yang terperosok dalam lingkaran ganas kemiskinan.
Sebenarnya Haris lebih tertarik untuk membawa kami melihat sendiri kegigihan seorang penduduk, Harun Latif bersama isterinya membuka kelas untuk anak-anak yang tercicir di Kampung Karamunting.
Ya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kemudahan belajar cukup menyedihkan. Azamin akan menulis lebih lanjut mengenainya. Anda cukup melihat gambarnya terlebih dahulu.
Begitu juga dengan kehidupan selepas tengah malam di sekitar Pasar Umum Sandakan, tidak jauh dari hotel penginapan kami. Kita seolah-olah berada di negara jiran yang mundur.
"Pemandangan kanak-kanak tidur di kaki lima adalah perkara biasa," jelas Haris sambil memandu perlahan, menunjukkan situasi sebenar. "Ada yang dibawa mak bapa sebagai peniaga, ada juga yang menunggu pagi untuk menawarkan perkhidmatan mengangkut barang menggunakan kereta sorong kepada peniaga atau pembeli seawal 3 pagi."
Ramai anak-anak tidak bersekolah dan buta huruf, akhirnya mereka tidak mengenali dan menghormati undang-undang. Dan kebanyakan peniaga kecil ini terpaksa menamatkan perniagaan jam 6 pagi bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan," ujar Haris yang menghantar kami ke hotel, sekitar jam 1 pagi.
Saya diminta beberapa rakan untuk meninjau kemunduran di kawasan pendalaman, tetapi realiti di Sandakan sendiri cukup merimaskan.
"Pembinaan jalan ini makan belanja ratusan juta ringgit tetapi tengok sajalah, sempit dan mudah rosak. Rasuahlah puncanya, semaklah siapa yang dapat kontrak besar, kalau bukan yang dekat dengan Ketua Menteri," Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah, merungut ketika kami melalui liku-liku berlubang selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sandakan.
Dan saya tidak lupa ungkapan seorang ibu lima anak, berketurunan Kadazan, dalam lingkungan usia 35 tahun, ketika melintasi gubuk buruknya, di Kampung Muhibah, Batu 2, Sandakan. Penempatan atas air itu bakal dirobohkan melalui BN memberi jaminan berbeda semasa kempen PRU13 lalu.
"Apa kerajaan anggap kami ini macam kerbau? Mudah dicucuk hidung untuk dipindahkan ke mana saja. Kami mahu rumah yang mampu milik, sewa-beli dengan kadar munasabah, yang akan menjadi warisan keluarga, bukannya ditempatkan di rumah yang akan kami sewa sampai mati," katanya teratur, menaruh harapan tinggi.
229 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 229 daripada 229Kerajaan komited mengatasi masalah kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi luar bandar melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) yang berteraskan Program Transformasi Luar Bandar.
Buktinya, sejak 2010 kerajaan melalui program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara telah membina jalan luar bandar di Sarawak sepanjang 911.87 kilometer, menyambung air bersih ke 71,064 rumah, membina 18,301 rumah dan menyambungkan bekalan elektrik 24 jam kepada 46,457 rumah.
Bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, Mohd. Shafie memberitahu, kementeriannya akan melaksanakan Program Desa Abad ke-21 dengan menggabungkan dua program Cabaran Perniagaan Desa dan Program Desa Lestari.
Projek Program Desa Lestari dengan peruntukan RM137 juta itu akan dilaksanakan di 42 kampung terpilih melibatkan projek ekonomi seperti agro-pelancongan, pertanian, perikanan, penternakan, industri pembuatan dan pemprosesan.
Antara program lain yang turut dilaksanakan dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan dan menjana pembangunan ekonomi penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak adalah Program Lonjakan Mega Luar Bandar (agropolitan), Program Tanam Semula Getah dan Sawit dan program penyediaan infrastruktur ladang.
Kerajaan telah melaksanakan sebanyak 11 program agropolitan dan setakat tahun lalu, lima daripadanya dilaksanakan di Sarawak dengan jangkaan pendapatan peserta ditingkatkan dari RM300 kepada RM1,800.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu program pembangunan ekonomi Bumiputera Sabah diperhebatkan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat.
Ketika membuat seruan itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil kira pandangan dan pandangan masyarakat berkenaan termasuk pemimpin dan anggota dewan perniagaan terutama dalam memacu kemajuan ekonomi di negeri ini.
"Saya amat berpuas hati dan bangga dengan komitmen, peranan dan sumbangan dewan-dewan perniagaan bagi memacu kemajuan dan pembangunan ekonomi dan perniagaan di negeri ini.Saya berharap supaya hubungan baik dan jalinan kerjasama serta perkongsian pintar perlu ditingkatkan lagi bukan sahaja dalam kalangan sesama anggota, bahkan juga dengan dewan-dewan perniagaan Bumiputera yang lain."-Musa
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razakadalah langkah yang tepat dan terbaik bagi membela nasib dan menjamin masa depan masyarakat Bumiputera di negara ini.
teras dan fokus yang digariskan bagi menjayakan agenda itu jelas menterjemahkan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan kerajaan dalam menjamin kesejahteraan dan kemakmuran yang akhirnya memanfaatkan semua lapisan rakyat.
Dalam konteks pencapaian Bumiputera di Sabah, tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan pembangunan dan kerancakan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor turut digerakkan oleh para pengusaha dan peniaga Bumiputera.Bagaimanapun, saya ingin tekankan masyarakat Bumiputera tidak seharusnya berasa cepat berpuas hati dengan tahap pencapaian ini.
Musa yakin dengan kepesatan pembangunan dan iklim pertumbuhan ekonomi yang terus menggalakkan, masyarakat peniaga Bumiputera di negeri ini mampu mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.
Saya penuh optimis bahawa dengan adanya kesungguhan politik, perancangan dan pelaksanaan dasar dan agenda pemerkasaan Bumiputera yang pragmatik oleh kerajaan, sokongan padu dan penglibatan menyeluruh masyarakat Bumiputera termasuk usahawan dan peniaga Bumiputera yang berjaya, matlamat murni Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini akan dapat kita jayakan, untuk kepentingan semua lapisan rakyat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam politik tanah air seharusnya mampu membuka mata rakyat khasnya pengikut Anwar dalam pakatan pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Raja Petra yang pernah menjadi rakan rapat serta penyokong kuat Anwar dan memainkan peranan penting dalam kempen pertama membebaskan Ketua Pembangkang itu dari penjara 11 tahun lalu pastinya bukan cakap kosong apabila membuat pendedahan itu.
Beliau membangkitkan persoalan mudah untuk difikirkan rakyat sama ada pengikut, penyokong atau mereka yang bersimpati terhadap Anwar – Adakah Ketua Pembangkang itu mampu menjadi pemimpin yang layak memegang tampuk pemerintahan negara?
Raja Petra hanya mahu pengikut Anwar dan penyokong pembangkang khasnya PKR bermuhasabah diri, merenung kembali sejarah pemimpin yang dipuja, melihat siapa dia yang sebenar dan tidak menyokong secara membuta tuli, itu saja.
Dalam kes liwat Anwar, Raja Petra menegaskan lagi yang seluruh negara tidak seharusnya diheret sama dalam kes itu. Malah, masa depan seluruh negara tidak boleh hanya bergantung kepada seorang individu.
Mungkin jika yang berkata itu adalah mereka yang berkepentingan seperti pemimpin Barisan Nasional (BN) sama ada yang berada dalam Kabinet atau tidak, mungkin rakyat boleh mempersoalkannya atau setidak-tidaknya menganggap ia sekadar kenyataan retorik yang sengaja direka untuk meraih sokongan serta undi dalam pilihan raya.
Formula mudah yang perlu difahami rakyat ialah menyelam kembali perasaan, hati dan jiwa sendiri dan bertanya kepada diri sendiri: “Adakah berbaloi jika terus menyokong Anwar dan pembangkang.”
Sebagai rakyat yang matang dalam berpolitik dan mempunyai pelbagai akses mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara, kita seharusnya bijak serta berani membuat pilihan siapa pemimpin dan parti yang akan kita sokong.
Berdasarkan kepada perkembangan semasa politik tanah air khasnya membabitkan tindak tanduk Anwar dan pembangkang, rakyat seharusnya dapat membuka mata dan minda dengan menilai sedalam-dalamnya matlamat sebenar pembangkang dalam arus politik negara.
Anwar yang kini dilihat dalam keadaan sangat terdesak sanggup melakukan apa saja untuk memastikan dirinya terus diterima rakyat dengan mempergunakan mahasiswa dan badan bukan kerajaan (NGO) berdemonstrasi bagi mengganggu-gugat kestabilan negara.
Segala tindakan itu mengikut teori politik bertujuan mengalihkan isu perbicaraan kes liwat sedang dihadapinya dan pada masa sama memberi tekanan kepada kerajaan pemerintah untuk menangani isu berkenaan sehingga terpaksa mengurangkan tumpuan kepada perkara lebih penting khasnya dalam isu kebajikan rakyat.
Kita boleh menilai sendiri matlamat sebenar perjuangan Anwar adakah hanya untuk dirinya sendiri atau untuk rakyat. Rakyat yang cintakan keamanan, keharmonian, perpaduan dan kemakmuran negara ini pasti mempunyai jawapan yang rasional serta penuh hikmah untuk menentukannya.
Rakyat mungkin boleh menerima atau menolak beberapa kenyataan bekas orang kuat Anwar seperti Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menganggap Anwar sebagai ‘dinosaur politik’ yang bukan saja tidak relevan, malah spesies sangat berbahaya kepada agama, bangsa, negara dan dunia.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari turut tampil dengan kenyataan yang sudah tiba masanya rakyat memberi perhatian serius kepada pelbagai pendedahan yang dibuat dari semasa ke semasa mengenai Ketua Pembangkang itu termasuk yang terbaru daripada Raja Petra.
ramai lagi akan bersetuju dengan kenyataan Raja Petra bahawa Anwar sudah tidak lagi relevan dalam politik kerana banyak peluang diberikan kepada Anwar tetapi tidak menunjukkan prestasi atau khidmat terbaik sebaliknya hanya berpolitik.
Catat Ulasan