KL TODAY
PAS
menyifatkan hadis yang disandar Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari berhubung barang naik,
‘diguna pada konteks yang salah’.Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, islam menitikberatkan konsep adil kepada
semua pihak bukan sahaja kepada peniaga tetapi juga kepada pembeli.
Menurutnya, adalah tidak wajar mengajak rakyat menerima kenaikan harga barangan sebagai takdir sedangkan pada masa yang sama ada pemimpin negara, ahli korporat dan syarikat kroni terus-menerus mengambil kesempatan untuk hidup bermewah.

“Memang
hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan
bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada
takdir.
“Demikian
juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi
dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan lihat hidup
melampau-lampau mewah,” katanya dipetik TV Selangor.
Sehubungan
itu, beliau memintak ulamak muda Umno itu memperbetul semula
kenyataannya bagi mengelak salah faham kepada masyarakat.
Kenyataan Fathul Bari itu juga katanya berbahaya kerana boleh memberi gambaran bahawa peniaga boleh bebas menaikkan harga barangan mereka, dan pengguna harus menerimanya sebagai takdir.
Kenyataan Fathul Bari itu juga katanya berbahaya kerana boleh memberi gambaran bahawa peniaga boleh bebas menaikkan harga barangan mereka, dan pengguna harus menerimanya sebagai takdir.
Sementara itu di bawah adalah kenyataan penuh Dr.Zaharuddin Abdul Rahman yang juga menyanggah Fathul Bari:
Memang
benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga
demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan
arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman ,
ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah
kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.
Begitu
juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara
terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana
menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan
asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru,
fahamilah hadis berkaitan ‘harga adalah ketetapan Allah’ beserta
hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari
kefahaman yang betul.
Nabi salla
Allahu ‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh
kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi
wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan
‘ceiling’ harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh
peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan
pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi
salla Allahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta” ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun
kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id
Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien
sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana
peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik
disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang
kezaliman dari berlaku.
Sheikhuna
Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh
para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang
disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir.
Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada
pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm
159)
Ulama
tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan
di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu
ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan