Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - PR mahu Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) memanggil semua
parti politik untuk berbincang mengenai sebarang perubahan dalam
undang-undang pilihan raya.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, perbincangan itu penting bagi menyalurkan pandangan masing-masing.
“SPR perlu maklumkan dahulu pada parti-parti politik sebelum mereka buat apa-apa keputusan.
“Setakat ini, kita tak nampak lagi, apakah bentuk ataupun draf rang undang-undang itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai usaha SPR itu, beliau akui masih terlalu awal untuk pihaknya menyokong atau menolak undang-undang tersebut.
“Terlalu awal untuk kita menyokong atau menolak undang-undang itu. Sebab itu penting untuk kita tahu apa kandungannya.
“Undang-undang mana yang hendak dibaiki, undang-undang mana yang hendak diganti. Kita tak tahu apa-apa,” katanya.
Beliau juga menolak undang-undang baru itu menjamin ketelusan pilihan raya pada masa akan datang.
“Belum tentu (jamin telus) dan ia bukan satu indikator yang jelas bahawa akan berlaku perubahan ke atas apa yang kita perjuangkan selama ini.
“Jadi, ia terlalu awal untuk saya memberikan kenyataan tentang rang undang-undang itu. Tapi apa yang penting bagi saya adalah SPR perlu panggil semua parti-parti politik untuk kita dapat menyatakan pandangan kita,” katanya.
Semalam, SPR dijangka bakal memperkenalkan satu rang undang-undang baru bagi melicinkan lagi pendaftaran pengundi selain menjadikan daftar pemilih lebih telus dan bebas daripada kontroversi.
Mengulas perkara sama, Naib Presiden PKR, Tian Chua akui tiada keyakinan terhadap SPR ekoran pasukan SPR masih pasukan sama.
“Kita tidak ada keyakinan langsung terhadap pasukan SPR yang ada sekarang. Kita harap, mereka letak jawatan dulu baru cakap tentang perubahan lain.
“Selagi pasukan SPR yang sedia ada, kita tetap tak yakin dan tak percaya,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan