Khamis, 29 Ogos 2013
Najib desak Waythamoorthy ikut pendirian kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy untuk mengikut pendirian kerajaan dalam pelbagai isu oleh kerana beliau merupakan anggota pentadbiran kerajaan.
“Sebagai anggota pentadbiran kerajaan, anda harus ikut pendirian kerajaan, kita mesti ada satu suara,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Perdana Putra pagi ini.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Ahad bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Waythamoorthy meletak jawatan.
"Saya setuju dengan Datuk Zahid 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letak kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif.
"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata Hishammuddin.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri ketiga yang mendesak Waytamoorthy untuk meletak jawatan.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, timbalan menteri itu harus menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan tidak berkelakuan seperti pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) selepas menyertai kerajaan.
Katanya, sekiranya wujud pertikaian maka Waythamoorthy perlu membincangkannya secara hikmah bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan