MALAYSIA KINI
Pembikin Tanda Putera perlu
bertanggungjawab jika berlaku "kekacauan masyarakat" akibat babak
fiksyen berkaitan peristiwa 13 Mei yang dimuatkan dalam filem itu, kata
Pemuda MCA.Ketuanya Wee Ka Siong (kiri) berkata,babak kencing yang dipaparkan memaparkan masyarakat Cina secara buruk, tidak jelas menyatakan ia fiksyen semata-mata.
"Jika, dalam senario yang tidak diingini, kekacauan masyarakat berlaku akibat penonton filem itu dikesani oleh babak kencing, (pengarah) Shuhaimi Baba dan pihak yang terlibat dalam pengarahan dan penerbitan filem itu mesti bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan.
Babak itu memaparkan sekumpulan pemuda Cina kencing di tiang bendera di rumah bekas menteri besar Selangor Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Babak itu, menurut seorang saksi rusuhan 13 Mei 1969, satu "fiksyen" dan "mustahil" berlaku,
Ahmad Habib, yang ketika itu pelajar tahun dua ijazah pertama di Institut Teknologi Mara (ITM), berkata tiang bendera itu bukan sahaja berada di halaman yang dikawal rapi, malah menteri besar sendiri duduk di depannya.
Shuhaimi enggan mengulas berhubung perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan