Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka
antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan
yang perlu ditangani.

"Kami
mencadangkan sebuah dialog terbuka, ia akan berlangsung secara telus
dan kondusif," kata ketua pembangkang selepas menyampaikan perutusan
hari merdeka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.
Bagaimanapun,
katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan
kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.
"Dialog seperti ini berlaku dalam keadaan demonstrasi yang sebenar," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan