Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana
pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya
tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.
Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.
"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat.
"Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.
"Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya di majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita mengenai ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini.
Mohd Ali sebelum ini dilapor mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya.
Susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.
"Saya rasa pucuk pimpinan, daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita.
"Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," tambahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan