ASPAN ALIAS
‘National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda tidak lebih dari seratus ringgit atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada tahun 1968 dahulu.
‘National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda tidak lebih dari seratus ringgit atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada tahun 1968 dahulu.
Tujuannya, kata Menteri yang
bertanggungjawab ialah untuk membina semangat patriotik terhadap negara
dikalangan penonton pawagam itu dan rakyat keseluruhannya. Ramai yang
menghubungi saya untuk memberikan komen tentang undang-undang baru ini. Maka
saya bersetuju untuk memberikan komen pendek tentang undang-undang baru ini.
Selepas ini akan ramailah orang
yang akan masuk penjara sebaik sahaja keluar dari pawagam-pawagam di seluruh
negara. Jangan dipersoalkan niat Kementerian Penerangan itu dan Menterinya
sekali. Niat mereka baik dan jujur untuk melihat pembangunan semangat
patriotisma dikalangan rakyat Jika
dengan Akta baru ini boleh membinanya kita terima dan kita akur dengannya. Lagi
pun sememangnya kita wajib berdiri semasa lagu Negara Ku itu dimainkan. Tetapi kenapa mainkan di dalam pawagam?
Tetapi persoalannya adakah ini
cara yang baik dan betul untuk membina semangat patriotisma itu? Jika itu cara
yang terbaik adakah terfikir oleh kita apakah elemen-elemen yang akan
membantutkan kempen patriotisma ini? Adakah dengan berdiri menghormati Negara
Ku itu secara paksa seperti ini akan terbina semangat patriotisma yang di
kehendaki kerajaan itu?
Dalam posting saya semalam saya
dengan jelas memberikan pandangan yang membina semangat sayangkan negara tidak
boleh semata-mata ditempelkan sahaja. Ia perlu datang dari keikhlasan dan
kejujuran rakyat dari lubuk hati dan nurani mereka. Cara yang paling baik untuk
membinanya ialah dengan kerajaan bersama dengan pimpinan keseluruhannya
menunjukkan patrotisma itu dengan jelas.
Pemimpin-pemimpin yang mempunyai
patriotisma adalah pemimpin yang komited untuk membina negara dengan jujur dan
tidak melakukan jenayah kepada negara. Pemimpin seperti ini tidak akan
melakukan kerja rasuah serta menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut
kepentingan peribadi dan sanggup memecah belahkan rakyat yang dahagakan
perpaduan.
Yang terbaik dan terunggul sekali
ialah pemimpin yang tidak mahu negara berpecah kerana mereka dan sanggup
berkorban dengan meletakkan jawatan yang mereka sandang setelah gagal mentadbir
rakyat dan negara dengan baik. Ini lah ciri patriotisma yang tertinggi nilainya.
Nilai ini bukan sahaja sepatutnya
ada pada mereka yang sedang berkuasa yang mahu meletakkan jawatan. Ia juga
terbabit dengan pemimpin yang ingin mendapatkan jawatan itu. Apabila seseorang
itu telah terpalit dengan isu moral peribadi mereka juga tidak sepatutnya menawarkan
diri untuk menjadi pemimpin negara.
Mereka yang telah dipersepsikan
oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak bermoral juga sepatutnya berkorban
dengan membatalkan niat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana mereka juga
akan membawa negara kepada kehancuran. Justeru pemimpin-pemimpin seperti ini
juga boleh menunjukkan semangat patriotisma mereka dengan membatalkan sahaja
niat untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Selama ini pemimpinlah yang lebih
menunjukkan rasa tidak patriotisma mereka dari rakyat. Rakyat sedar jika pemimpin
itu benar-benar seorang yang patriotik, tidak aka nada diantara yang memegang
kuasa menggunakan kuasa dan mandat itu dengan mengambil wang rakyat yang
berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.
Jika seseorang itu telah
menggunakan pengaruhnya dengan mengambil wang rakyat dalam jumlah yang
berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya ini, bolehkah, atau layakkah
pemimpin seperti ini digulungkan kedalam gulungan yang patriotik? Tetapi itulah
yang berlaku di negara kita dan orang yang sama jugalah yang bercakap tentang
isu moral kerajaan yang buruk serta menidakkan semua kerja baik orang lain.
Rakyat melihat dan memerhatikan
tindakan serta kata-kata mereka samada selari atau pun sebaliknya. Rakyat biasa
seperti kita dibawah ini tidak pun mengambil wang berbillion ringgit dari
rakyat untuk kepentingan perniagaan anak-anak mereka. Mereka menanggung
kerugian sendirian dan ramai yang telah bankrap kerana kerugian mereka dalam
perniagaan.
Apa perasaan rakyat yang ramai
dibawah ini apabila melihat pemimpin bercakap besar tentang negara sedangkan
anak-anak mereka bersandar kepada rakyat untuk membayar kerugian perniagaan
mereka dan dalam masa yang sama mendapat keuntungan lagi dalam proses 'bail-out'
yang menggunakan wang rakyat itu.
Justeru perihal patriotisma ini
tidak perlu dididik terhadap rakyat jelata. Yang sepatutnya menunjukkan sifat
patriotisma itu adalah pemimpin-pemimpin sendiri, tidak kira pemimpin kerajaan atau
pembangkang. Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak untuk menaikkan harga
belian kelengkapan ketenteraan misalnya.
Pemimpin yang patriotik tidak
akan tergamak meluluskan pinjaman yang beratus juta ringgit untuk kroni atau
keluarga pemimpin yang tidak pun mahir dalam perniagaan seperti peniagaan lembu
dan sebagainya.
Pemimpin yang benar-benar
patriotik akan mengambil contoh seperti pimpinan masa lalu yang tidak mempunyai
apa-apa semasa persaraannya. Tunku Abdul Rahman tidak mempunyai ‘empire’
perniagaan untuk anak-anak beliau.
Pemimpin sezaman itu tidak
mempunyai mahligai-mahligai apabila menyentuh kuasa. Pemimpin yang mempunyai
nilai patriotik tidak akan berbelanja ratusan juta ringgit untuk lawatan
keluar negara.
Justeru tidak usahlah pemimpin
hari ini berkempen untuk membina semangat patriotisma itu sedangkan mereka
sendiri adalah penjenayah tegar kepada negara yang dicintai rakyat ini.
Kalau rakyat tidak memberontak
didalam hati mereka tidak ada sebab kenapa rakyat tidak mengibarkan bendera
yang harganya hanya setakat sepuluh dua puluh ringgit itu. Rakyat telah
membayar hutang anak pemimpin yang kerugian dalam perniagaan mereka dalam
jumlah yang berbillion ringgit sebelum ini.
Tetapi kenapa rakyat berkira
dengan harga satu bendera itu? Jawapannya mudah. Ia di sebabkan pemimpin tidak
mengira perasaan rakyat yang rata-rata marhaen di bawah ini. Rakyat sedar dalam kemarhaenan, mereka
terpaksa membayar hutang besar yang dilonggokkan oleh pemimpin kepada mereka.
Buat masa ini elok kita meminta
pemimpin yang bercakap tentang patriotisma itu hentikan kempen ini. Rakyat lebih
arif tentang isu patriotisma itu. Yang sepatutnya membina sifat patriotisma itu
adalah barisan pemimpin yang sedang memimpin kita sekarang ini.
Pemimpin-pemimpin yang tidak dapat membezakan diantara hartasendiri dengan harta rakyat jangan sekali-kali bercakap tentang patriotisma kerana barisan pimpinan yang rakus itu sendiri adalah bertentangan dengan patriotisma itu.
Pemimpin-pemimpin yang tidak dapat membezakan diantara hartasendiri dengan harta rakyat jangan sekali-kali bercakap tentang patriotisma kerana barisan pimpinan yang rakus itu sendiri adalah bertentangan dengan patriotisma itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan