Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shaberi Chik menyifatkan Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit kerana mengharamkan panggung wayang di Pulau Pinang daripada menayangkan filem Tanda Putra.
Mengenai kontroversi filem ini saya tidak dapat membuat kesimpulan tepat sejauh mana benar pihak-pihak yang bertelagah mengenainya kerana saya sendiri tidak menonton filem berkenaan.
Shabery harus lebarkan jendela minda. |
Apa yang dapat diperkatakan kini hanya dari segi zahiran sahaja. Begitu juga untuk menilai siapa sebenarnya yang berfikiran sempit di antara Lim Guan Eng dengan Ahmad Shabery Chik. Lim Guan Eng halang ditayangkan di negeri dikuasinya kerana filem itu didakwa menghina pihak tertentu. Shabery menafikan kerana ia sebuah fiksyen berdasarkan sejarah dan minta ia ditonton terlebih dahulu.
Kalau berdasarkan sejarah adalah tidak wajar kalau fiksyen didalam filem itu ditokok tambah bertujuan menghina orang lain. Ada kecenderongan ia berlaku begitu kerana dana menerbitkan filem berkenaan dikeluarkan oleh agensi kerajaan. Secara logiknya pihak pembangkang tidak mendapat untung dari penayangan filem itu dan pencegahan adalah tindakan tepat.
Tetapi kerana saya tidak tonton maka tidak dapat mengulas lebih lanjut daripada itu. Untuk adil seharusnya pihak KDN yang bertanggungjawab membenar atau tidak, filem berkenaan ditayangkan, perlu memanggil semua orang menilai filem berkenaan khasnya kedua pihak yang bertelagah. Semasa pra-tonton hendaklah dipanggil berbagai orang kemudian buat penilaian. Penglibatan semua orang ini perlu kerana ia juga melibatkan (tontontan) awam.
Dengan hanya memanggil satu pihak sahaja tentu ia tidak adil dan memberi kepuasan. Di sini wajar kalau Lim Guan Eng atau sesiapa mempertikaikannya. Atas kepercayaan begitu patut kalau Lim Guan Eng bertegas agar ia tidak ditayang di negerinya berdasarkan kewajaran-kewajaran politik yang difikirkan. Dia berkuasa penuh ke atas negerinya terpulang kepadanya. Jadi anggapan Shabery Chik mengatakan Lim Guan berfikiran sempit tidak tepat.
Dalam hal ini Shabery sebagai menteri yang tentunya cuba melaksanakan transformasi seperti dikehendaki Najib Razak, harus membuka lebih luas mindanya sebelum menyempitkan pemikiran orang lain. Dalam ulasan dan kenyataan Shabery berhubung tindakan Lim Guan Eng itu ada menggambarkan yang kepala Shabery sebesar telapak tangan budak berumur tiga bulan saja. Misalnya dia mengandaikan selepas filem disekat, selepas ini Pulau Pinang akan menyekat pula lagu Negaraku dimainkan.
Beliau memberi contoh dahulu Selangor pulau barangan 1Malaysia. Jelas andaian atau spekulasi Shabery itu menunjukkan daun jendela mindanya terbuka sebelah, manakala sebelah lagi tertutup rapat dan mungkin berkarat Umno. Tidak tepat perumpamaan itu. Lagi pun Negaraku adalah lagu kebangsaan, filem Tanda Pura bukan filem kebangsaan.
Barangan 1Malaysia adalah produk subsidi dari kerajaan UBN untuk menarik pengundi menjelang pilihan raya. Ia bukan barangan bebas. Jadi wajar Selangor pulau kerana ia hendak menyekat penagruh UBN. Bukankah tujuan filem Tanda Putra itu dibuat untuk memperkasakan kedudukan UBN? Maka begitu juga dengan tindakan kerajaan PR Selangor dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang hari ini.
Sebagai menteri Shabery seharusnya tidak berfikir mengikut rentak dan acuan individualistik Umno sangat kalau mahukan orang menghormat pandangan dan nasihatnya. Selagi beliau terlalu obses dengan rentak dan alunan politik (Umno), selama itulah tindakan dan projek-projek kementeriannya tidak akan didokong oleh rakyat.
Sebagai pemimpin baru yang penuh dengan idealisme Shabery perlu membebaskan dirinya dari kongkongan dan taklukkan budaya, tradisi dan jiwa politik Umno yang melemahkan bangsa dan negara seperti yang diamalkan kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan