Selasa, 27 Ogos 2013

Timbalan Presiden PAS: Tuan Ibrahim cabar Mat Sabu


PETALING JAYA: Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka  mencabar Mohamad Sabu bagi  Timbalan Presiden  PAS dalam muktamar pemilihan parti hujung tahun ini. Ia diberitahu oleh seorang pemimpin kanan PAS yang ditemui di majlis sambutan Aidifitri parti itu di Kuala Lumpur semalam.

“Ini yang kerap diperkatakan orang. Saya pasti ia akan berlaku.


“Mohamad Sabu kata dia tidak kisah,maknanya dia terbuka,” kata beliau yang juga bekas ahli parlimen.

Tuan Ibrahim yang dihubungi melalui SMS bagaimanapun, berkata, “Maaf. No komen buat masa ni.”

Pada tahun 2011, Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS setelah mengalahkan penyandang Nasharudin Mat Isa  dan Tuan Ibrahim.


Nasharudin bagaimanapun, sudah tidak termasuk dalam senarai pemimpin utama parti serta tidak bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden pula, pemimpin itu berkata, antara yang akan bertanding ialah ketiag-tiga penyandang iaitu Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

“Tetapi ada beberapa muka baru yang akan mencuba nasib, antaranya  ahli parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad,” kata pemimpin PAS itu lagi.

Daripada ketiga-tiga penyandang itu, Mahfuz dilihat mempunyai peluang yang lebih  cerah kerana beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Pokok Sena dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Manakala Husam kalah di parlimen Putrajaya dan Salahuddin pula tewas di Pulai

Tiada ulasan: