Jumaat, 26 Julai 2013
Utusan perlu dikenakan tindakan kerana mengugut, kata Guan Eng
Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Utusan Malaysia menggunakan kaedah menggugut untuk menakut-nakutkan orang ramai, bahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato A Thaiveegan sendiri menafikan bercakap mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
"A Thaiveegan tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.
"Tindakan tegas mesti diambil terhadap Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi," katanya.
Ahli Parlimen DAP itu kemudiaan mempertikai sikap kerajaan yang berat sebelah dalam mengambil tindakan, sebagai contoh kes membabitkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dan lain-lain seumpamanya.
"Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.
“Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," katanya.
Sementara itu, Lim juga mengecam terhadap ugutan bunuh dalam kes membabitkan murid disuruh makan di bilik mandi sekolah yang mendapat perhatian baru-baru ini.
"DAP juga mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Noor.
"Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah," katanya.
Kontroversi membabitkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.
Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan