Selasa, 9 Julai 2013

Timbalan Menteri Kewangan gagal jawab pendedahan GFI

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Soalan mengenai pengubahan wang haram ahli parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun bukan sahaja tidak dijawab Datuk Ahmad Maslan, malah Timbalan Menteri Kewangan itu melencongkan jawapannya mengenai pengurup wang di negara ini.

Fong yang memetik fakta Global Financial Integrity (GFI) kesal kerana kerajaan gagal menangani aliran wang haram.

“GFI menyatakan Malaysia ditangga kedua di dunia dalam aliran wang haram pada 2010.

GFI
“Saya mahu tahu mengapa sistem bagi membendung aktiviti ini sangat lemah?, soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Maslan kemudiannya mengelak dan beralasan isu itu sudah dijawab sebelum ini Maslan yang hanya mampu mempertikai fakta GFI kemudiannya membebel mengenai syarikat pengurup wang.

Sebelum ini, ahli parlimen Permatang Pauh yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap membisu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu ini.

Peningkatan tiga kali ganda jumlah pengaliran keluar wang haram pada 2010 membuktikan kegagalan Najib mengendalikan dasar ekonomi negara.

Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, jumlahnya meningkat 111 peratus dari AS$30.41 bilion pada 2009 atau RM94.27 bilion kepada AS$64.38 bilion atau RM199.58 bilion pada 2010.

Ia diburukkan lagi dengan rekod pengurusan ekonomi yang lemah melalui peningkatan hutang negara berjumlah RM540 bilion.

Tiada ulasan: