Khamis, 11 Julai 2013

RM2.7 Untuk Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Selangor


Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau.

Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala bagi surau dinaiktaraf memperolehi RM1,250 dan surau sebanyak RM1,000.

“Duit tersebut akan disalurkan terus kepada akaun masjid dan surau masing-masing yang diharap akan digunakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program ibadah,” kata Sallehen semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Katanya, pada tahun ini wang peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak masjid dan surau agar penyampaiannya lebih pantas dan dapat digunakan terus.

Tiada ulasan: