Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus
berdiam diri terhadap kemungkinan eleman penahanan tanpa bicara diamal
dalam undang-undang baru yang menggantikan Ordinan Darurat.
Beliau cuma berkata, penahanan tanpa bicara itu tidak diberi keutamaan dalam perbincangan terhadap rang undang-undang baru itu.
"Kita dengar pandangan semua orang dan kita tahu semua orang termasuk Majlis Peguam membantahn penahanan tanpa bicara.
"Kita perlu akui betapa polis perlu diberi kuasa mencukupi untuk melaksanakan tugas dan kita berusaha ke arah itu," katanya.
Zahid berkata, dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low
dan Nancy Shukri, ditugas untuk mendapatkan maklum balas mengenai draf
undang-undang baru itu.
Katanya, draf sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk
diteliti dan dijangka siap sepenuhnya serta dibentang pada sidang
Parlimen September depan.
Khamis lalu, Zahid berkata, kerajaan merangka undang-undang baru
dalam usaha membanteras jenayah selepas memansuh Ordinan Darurat dan
Akta Kediaman Terhad.
Katanya, kerajaan mengalu-alu cadangan semua pihak termasuk pemimpin
pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan undang-undang
baru itu, berkesan.
The Malaysian Insider baru-baru ini menemu bual beberapa
pegawai polis kanan yang mendakwa pemansuhan undang-undang pencegahan
mengakibatkan lebih 2,000 tahanan kembali ke sisi masyarakat.
Polis juga mendakwa, bekas tahanan itu kini kembali mengulangi jenayah lama manakala 'tangan polis terikat di belakang'.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata undang-undang
baru yang diperkenal bagi menggantikan Ordinan Darurat bertujuan
melindungi kepentingan awam.
Katanya, polis membawa dua cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri ketika perbicangan undang-undang baru itu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo
menyalahkan kerajaan berikutan kegagalan membendung jenayah, sebaliknya
percaya Perdana Menteri hanya mahu membaiki imej kerajaan ketika
memansuh undang-undang pencegahan.
Mencadangkan undang-undang dibaik pulih sepenuh terutama membabitkan
kuasa polis dan proses penahanan, beliau berkata, kerajaan perlu
merangka pelan holistik bagi mengatasi masalah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan