Kos kempen politik menjadi antara perdebatan hangat dua
penganalisis politik, Dr Bridget Welsh dan Prof Dr James Chin pada
Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan.
Kata James, kos kempen politik pada PRU13 hanya menelan belanja
sekitar RM1 billion dengan andaian perbelanjaan satu kerusi Parlimen
kira-kira RM300 juta.
Welsh pula menyatakan kos kempen politik mungkin mencecah RM2 billion
dengan mengandai, perbelanjaan bagi satu kerusi Parlimen mencecah RM400
juta.
“kos lain perlu diambil kira dan dan kos terbesar dalam kempen itu
ialah perbelanjaan pengiklanan. Kos pengiklanan sepanjang kempen sangat
tinggi.
“Upah pengendali laman blog dan jentera pilihan raya juga termasuk
dalam anggaran bajet. Perbelanjaan juga berkait rapat dengan kawasan
kendalian pilihan raya.
"Jika pilihan raya diadakan di pedalaman seperti Sabah dan Sarawak,
kosnya meningkat,” kata Welsh ketika dihubungi The Malaysian Insider
selepas forum yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Dalam perkembangan lain, Chin berkata, kawasan pedalaman tidak
terkesan dengan pengaruh politik kerajaan melalui media tradisional
seperti televisyen, radio dan akhbar harian.
“Kempen melalui media tradisional tidak lagi mendatangkan kesan
kerana orang ramai kini rata-rata tertumpu kepada kempen melalui media
sosial dan menjadikan portal berita internet sebagai rujukan.
“Kebanyakan penduduk desa kini semuanya memiliki telefon pintar
dengan akses 3G. Jadi semua maklumat boleh didapati di hujung jari,”
katanya.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, berkata
Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat mereka hilang kepercayaan
rakyat pada PRU13 kerana rakyat lebih bergantung kepada media sosial.
Beliau berkata, 'tentera siber' BN lebih gemar menyebar fitnah dan
berdiri atas nama wang tetapi penyokong Pakatan Rakyat (PR) memberi
komen berdasarkan fakta.
Selepas PRU13, Utusan Malaysia terus menerus mendakwa DAP memiliki
tentera siber yang digelar 'Red Bean Army' yang diupah untuk menyerang
BN di alam siber.
Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan