Kumpulan pendidik Cina mahu Kementerian Pendidikan mengkaji semula peraturan baru mengenai waktu pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di Sekolah Jenis ebangsaan Cina (SJKC), yang akan bermula tahun depan.

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Cina Datuk Chin Yew Sin berkata peraturan baru yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu, tidak sesuai untuk dilaksanakan di sekolah rendah Cina.

Di bawah peraturan baru ini, waktu pembelajaran BM akan meningkat daripada 80 minit seminggu kepada 270 minit seminggu, manakala bagi BI dari 120 minit kepada 150 minit dan Bahasa Mandarin dikekalkan pada 300 minit, katanya dalam sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Dong) di ibunegara semalam. 

"Kami berharap kementerian akan meneliti dan mengkaji perkara ini. Kami merasakan adalah mencukupi bahawa pengajaran dan pembelajaran BM ditetapkan pada 210 minit dan bagi subjek BI ditingkatkan ke 210 minit," katanya.

Beliau berkata sentimen sama turut disokong Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Cina.

Chin berkata kumpulan itu berpendapat bahawa waktu pembelajaran BI ditambah memandangkan subjek berkenaan diajar selama 300 minit di sekolah rendah kebangsaan.

"Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh mesyuarat baru dengan persatuan itu secepat mungkin bagi menyelesaikan perkara berkenaan setelah mesyuarat yang dijadual pada Isnin, dibatalkan.- Bernama