Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) percaya
banyak usaha boleh dibuat termasuk mengetatkan akta tertentu dapat
mengekang gejala rasuah di negara ini.
Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti Rasuah Pemandu,
Ravindran Devagunam, berkata kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO dan
badan profesional juga membantu mengurangkan rasuah.
"Kita mengakui usaha kerajaan belum mencukupi untuk membasmi rasuah,
kata. Kita perlu melipat ganda usaha," katanya pada kenyataan media,
hari ini.
Berdasarkan kaji selidik Transparency International – Malaysia (TI-M)
yang diumum semalam, parti politik dan kakitangan awam termasuk ahli
parlimen paling banyak terlibat dengan rasuah.
Kajian sama mendapati kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan
menangani rasuah merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49
peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
Bagaimanapun, berdasarkan Penunjuk Aras Rasuah Global (GCB), 87
peratus rakyat Malaysia bersetuju orang ramai boleh melakukan sesuatu
untuk membanteras rasuah.
Mengulas lanjut, Ravindran berkata, pindaan undang-undang boleh
dilakukan kepada Akta Persatuan 1966 bagi mencegah kebocoran dana
dalaman dalam parti politik.
“Pendaftar Pertubuhan juga boleh melakukan pindaan menjelang hujung
tahun bagi menjamin ketelusan kaedah pengurusan kewangan parti politik,"
katanya.
Menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan
untuk memerangi rasuah ketika mengumumkan anggota Kabinet Mei lalu.
Ravindran berkata, anggota Kabinet juga mengisytihar harta kepada Najib
dan SPRM.
Selain itu, katanya, pelantikan bekas Presiden TI Malaysia, Datuk
Paul Low sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada kecekapan tadbir
urus dan integriti, membuktikan kesungguhan Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan