Khamis, 11 Julai 2013

Pekan: Penduduk 'tertekan' isu gangguan bekalan air!

http://pahangdaily.blogspot.com,
 
PEKAN - Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian. 
 
Penduduk dari Felcra Sri Makmur Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan. 
 
Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan. 
 
 “Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup. 
 
“Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan,” katanya. Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi. Pekan adalah "parlimen" Perdana Menteri.

1 comment:

Anonymous said...
terima kasih pada pdo dengan artikel ini..saya sebagai rakyat pekan memang tertekan dengan masalah yang dihadapi.ditempat saya iaitu kawasan sekukuh dan tangjung agas mengalami masalah air yang terlalu teruk.saban tahun masalah ini tiada penyelesaiannya.ketua kampung lansung tiada peranan.makan gaji buta.tiap bulan buat aduan kepada ketua kampung.tidak dilayan.buat aduan kepada PAIP juga tiada tindakan.adakah kami penduduk dan rakyat tempatan tiada hak untuk dapat keistimewaan dan perkhidmatan yang baik dari pihak kerajaan.mana perginya adun kami??mana ahli perlimen kami??semuanya pembohong.hanya menabur janji dikala pilihanraya.

Tiada ulasan: