Oleh Aspan Alias
Apa pun keputusan PRK Kuala Besut, keadaan tidak berubah. Ia tetap menunjukkan BN adalah pihak pemerintah yang lemah dan tidak mampu menjadi kerajaan yang kuat dan stabil di Terengganu. Jika PAS memenangi PRK ini, ia akan menjadikan kedudukan BN dan PR sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri Terengganu itu.
Tidak pula diketahui apakah cara undang-undang dan perlembagaan yang akan mencari penyelesaian terhadap isu ini jika ia berlaku.
Jika BN menang ia akan mengekalkan kedudukan 17/15 dalam Dewan Undangan
Negeri itu dan ia tetap melambangkan kelemahan BN di negeri itu. UMNO
sebenarnya tidak kuat di Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku dalam
PRK kali ini di Kuala Besut. UMNO sendiri bermasalah dalaman yang besar.
UMNO tidak bersatu diantara pemimpinnya dan ini diketahui umum.
Idris Jusuh, Ketua UMNO Bahagian itu berkata ada usaha PAS untuk
melagakan beliau dengan Menteri Besar, Ahmad Said. Ahmad Shabery Cheek
pula mengatakan yang tidak akan ada mana-mana pihak yang akan percaya
dengan ‘tohmahan’ PAS itu.
Sesungguhnya kata-kata kedua-dua pemimpin UMNO Terengganu itu adalah
lambang kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO Terengganu. Ini
politk dan kita faham hakikat yang ada di dalam UMNO itu. Jika ada
pemimpinnya bercakap sedemikian. dengan menuding jari dan menuduh PAS
melagakan kedua-dua kumpulan dalam UMNO itu semata-mata untuk melindungi
dan menutup keadaan sebenarnya dalam parti pemerintah itu.
Hakikatnya kedua-dua pemimpin, Idris dan Ahmad Said ini tidak perlu
dilagakan, kerana kedua-duanya memang sudah pun berlaga dari dulu lagi.
Bagaimana kita hendak menafikannya kerana mereka berlaga secara terbuka
sejak selepas PRU ke12 dahulu. Tidak payah diulangi apa yang berlaku
kerana itu semua dalam pengetahuan umum. Jadi jika ada dalam UMNO
Terengganu menafikannya itu adalah bohong belaka.
Tetapi itu bukannya perkara penting bagi PAS. Bagi PAS yang penting
ialah untuk menunjukkan kepada rakyat yang parti itu adalah parti
‘alternative’ terbaik bagi Melayu yang tidak menyokong UMNO. Baik
buruknya PAS itu masih ada bau Melayunya. Yang menang dan yang kalah itu
Melayu yang sama agama mereka.
Pilihanraya yang baru lalu ini telah memberikan pelajaran kepada kita
yang retorik memperjuangkan ‘multiracialism’ itu adalah palsu
semata-mata. Ada pihak yang berjuang untuk ‘multiracialism’ nya tetapi
mereka sendiri itu adalah rasis dalam ‘approach’ politik yang di
tunjukkan kepada rakyat.
Oleh itu orang Melayu yang beragama Islam ini wajar jangan berpecah dan
sama-sama membetulkan apa-apa perbezaan dianatara kita. Yang penting
kita tidak boleh berpecah kerana politik kepartian ini. Biarlah politik
kepartian ini menjadi kehadapan semasa pilihanraya sahaja.
Dalam kes Kuala Besut ini adalah baik jika PAS diberikan tempat kali
ini. Bagi setengah pihak PAS wajar mendapat perhatian orang Melayu
khususnya yang beragama Islam. Jika PAS mendapat kemenangan di Besut
maka kita boleh menunjukkan kepada mana-mana pihak yang lain yang orang
Melayu sudah mula bersatu dan jangan cuba memecahkan Melayu itu untuk
kepentingan perjuangan rasis mereka itu.
Setiap orang melakukan kesalahan termasuk saudara dan saya sendiri
dalam hidup ini termasuk politik. Hidup ini ibarat meniti permatang
sawah yang sempit. Dalam penitian permatangan sawah itu kadangkala kita
terkelincir dan jatuh kedalam lopak sawah itu. Tetapi kita bangun dan
naik kembali ke permatangan itu dan berjalan terus dan melakukan
penitian itu. Jika jatuh lagi, naik kembali dan teruskan perjuangan
penitian itu sampai ke penghujung penitian itu.
Saya merasakan tidak ada salahnya jika PAS mendapat tempat di Kuala
Besut itu. Setidak-tidaknya jika PAS memenangi kerusi itu kedudukan sama
banyak kerusi di DUN Terengganu akan dapat memberikan latihan untuk
kita melakukan penyelesaian secara baik apabila berhadapan situasi
sedemikian.
Yang penting sekarang kedua-dua pihak mesti menghormati kehadiran pihak
lawan dan tidak perlu bergaduh dan bertikam lidah untuk menegakkan
perbahasan masing-masing. Jika perbahasan itu terlalu hangat ia sangat
tidak kena dengan keadaan pilihanraya di bulan Ramadan al Mubarak ini.
Ada beberapa orang pembaca blog saya dari kawasan itu bertanyakan pihak
mana yang mereka harus menyokong. Ternyata mereka adalah dari kumpulan
yang duduk diatas pagar. Jawapan saya kepada mereka mudah. Hak untuk
mengundi pihak mana itu adalah hak mutlak mereka. Tetapi jika mereka
bertanya kepada pandangan dan pendapat saya, saya telah katakan kepada
mereka PAS adalah yang sewajarnya diberikan peluang untuk mewakili
kawasan Kuala Besut itu.
Memberikan PAS sokongan bukannya tindakan jenayah dan tidak perlu
berasa takut untuk memberikan sokongan kepada parti itu. Begitu juga
tindakan membelakangkan UMNO dalam pilihanraya kecil di Kuala Besut itu
pun bukannya satu tindakan jenayah.
Sementara menunggu UMNO berubah dalam erti kata sebenarnya, memberikan
undi kepada PAS itu bukanlah tindakan yang tidak baik, malahan ia akan
menambahkan usaha UMNO itu memperbaiki parti itu secara serius.
Setakat hari ini UMNO yang beriya-iya untuk berubah belum pun mendapat
ilham apa perubahan yang mereka patut lakukan. Dengan nilai kepimpinan
serta keupayaan pimpinan UMNO hari ini ramai berpendapat UMNO tidak akan
berubah.
Maka beransur-ansurlah kita memberikan tumpuan untuk menunjukkan yang
kita semua adalah manusia yang serius untuk perubahan itu. Tetapi jika
UMNO tidak serius untuk berubah pun tidak mengapa kerana orang Melayu
mempunyai PAS sebagai pilihan kepada wadah perjuangan mereka.
Tidak ada ruginya jika PAS menang dan tidak pula ada untungnya jika UMNO menang di Besut itu.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan