Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.
"Sekiranya
kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri
Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru –
tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku
sampai ke Dewan Rakyat.
"Dan kita tak mahu melihat kedudukan
BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi
BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut."Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut petang ini.
Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan