MALAYSIA KINI
Pertubuhan
Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak bagi menyuarakan apa yang dianggapnya sebagai
kebimbangan orang Melayu berhubung pelbagai isu semasa seperti
meritokrasi, pendidikan, ekonomi dan agama.Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pandangan mereka disampaikan oleh 10 anggota barisan kepimpinan Perkasa dengan penuh ikhlas dan beremosi dalam pertemuan kira-kira sejam itu yang bermula pukul 5 petang.
Beliau berkata PERKASA amat berpuas hati kerana dapat bersemuka dengan perdana menteri untuk menyampaikan sendiri rasa bimbang orang Melayu dalam pelbagai isu dalam negara ketika ini.
"Kami suarakan pandangan kami sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu, manakala perdana menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua negara," katanya kepada pemberita sejurus selepas perjumpaan itu di Putrajaya- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan