Khamis, 9 Ogos 2012

Wanita Muda Pakatan Rakyat lancar manifesto 3 Sept

Oleh Aisha Goeffrey


KUALA LUMPUR : Manifesto Wanita Muda Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 3 September depan setelah perbincangan dibuat bersama wakil PAS dan DAP, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.

Mesyuarat yang berlangsung di Ibu Pejabat KEADILAN semalam itu turut dihadiri Pengerusi Ameera Dewan Muslimat PAS, Faridah Samad dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Selangor, Janice Lee.

“Kita dah bincangkan segala dasar yang memenuhi kehendak dan keperluan wanita muda.  Manifesto yang akan kita bawa sudah dipersetujui bersama, sekarang tunggu kelulusan dari Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat pula,” jelas Aishah ketika dihubungi.

Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang diketuai Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng.

“Wanita akan meneliti semua perkara satu persatu dan alhamdulillah setakat semalam, kita mendapat respon yang baik,” katanya.

Menurut Aishah, kandungan manifesto itu akan diumum selepas Aidifitri ini.

Tiada ulasan: