Isnin, 13 Ogos 2012

Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah: Janji ditepati atau janji terang bulan ?

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Barisan Nasional benar-benar serius untuk menangani masalah itu atau sekadar menabur janji kosong yang telah menjadi budaya politik parti pemerintah, semata-mata untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pengumuman tentang RCI tersebut serta terma rujukannya adalah sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah.

Menurutnya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak tentang terma rujukan RCI tidak menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh RCI tersebut.

Katanya, isu kad pengenalan yang dikatakan diberi kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi pengundi bukan hanya masalah besar di Sabah tetapi masalah kepada Malaysia.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan BN mengapa tidak ada siasatan di peringkat nasional tentang masalah itu yang bakal mengancam keselamatan negara.

Kit Siang juga bertanya sama ada RCI tersebut sanggup menyiasat mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan kad pengenalan tersebut, sama ada yang sahih tetapi diperolehi dengan cara yang salah atau dokumen-dokumen palsu.

Beliau turut mempersoalkan kerajaan BN yang telah menolak usul beliau di Parlimen pada tahun 2008 yang mencadangkan penubuhan RCI tersebut.

Selain itu, Kit Siang turut bertanya sama ada RCI tersebut berkuasa untuk menyiasat apa yang dikatakan sebagai “Projek M” atau “Projek IC” serta memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi terhadap masalah PATI yang melanda Sabah.

Projek M merujuk kepada situasi di mana ratusan ribu kad pengenalan Malaysia dikatakan telah diberikan kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi warganegara tanpa perlu melalui proses perundangan, dan tujuannya adalah untuk menjadikan PATI sebagai pengundi untuk BN. Keadaan itu dikatakan berterusan berlaku sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, Dr Mahathir telah dilaporkan oleh media bahawa RCI yang diumumkan oleh Najib adalah tidak perlu.

Katanya, PATI berhak meminta menjadi warganegara Malaysia dan beliau tidak mahu sebarang usaha dilakukan untuk menyiasat mereka.

“Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka. RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu,” katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. – Roketkini.com

7 ulasan:

Mumbai berkata...

terma2 RCI yang mengandungi lapan perkara dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong itu jelas amat telus, adil dan mencakupi semua aspek.. hanya pemimpin2 pembangkang sahaja yang menolak terma2 ini kerana memang itulah sikap mereka yang tidak mahu menerima apa sahaja usaha kerajaan sekalipun tindakan yang diambil itu atas cadangan mereka sendiri..

Mumbai berkata...

terma2 rujukan ini jika diperhalusi, ia bukan sekadar ‘main wayang’ tetapi ia jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu Sabah sejak berdekad lalu.

Mumbai berkata...

kerajaan sebelum ini tidak berpeluk tubuh, sebaliknya menubuhkan jawatankuasa pusat dan jawatankuasa negeri bagi menyelesaikan masalah itu secara bersama. banyak program dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar pulang mereka ke negara masing2. pembangkang sengaja menyembunyikan fakta ini semata2 untuk melindungi kepentingan mereka..

Tanpa Nama berkata...

Siasatan baru mahu mula, macam mana mahu tahu janji ditepati ataupun janji terang bulan?

Tanpa Nama berkata...

Shafie Afdal said all quarters should allow the RIC to gather proposals, and carry out investigations and studies pertaining to the illegal immigrants issue.

mantera berkata...

pembangkang mmg suka mempertikaian semua kerajaan lakukan, RCI adalah ditubuhkan atas permintaan rakyat. tk perlu nak manipulasikannya.

Sanih Alias berkata...

Akhirnya janji ditepati mengenai RCI ini yang mana Kerajaan persekutuan telah pun berkata akan menunaikan penubuhan ini setelah TOR selesai dibuat.