Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddiin Abu Bakar seperti ikhlas untuk mempertahankan partinya yang kini dalam keadaan kritikal apabila bersusah payah mengulas kemasukan beberapa bekas pemimpin dan tokoh Umno ke dalam Pas dan juga mengenai tindakan berani dan drastik beberapa tokoh politik di Sabah yang nekad tinggalkan BN.
Apakah kesungguhan Khairy itu untuk menggoda hati Najib agar menjadikannya penting menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti? Sebelum ini menantu bekas PM ini sudah 'bersumpah' tidak akan mempertahankan kerusi Rembau dalam pilihan raya akan datang. Mungkin kerana beliau sudah dapat merasai betapa hina dan sunyi apabila tidak menjadi wakil rakyat kelak, menyebabkan beliau perlahan-lahan meralat kenyataan beliau itu yang sebenarnya boleh 'mengekah' dirinya.
Anwar bersama pemuka politik Sabah yang meninggalkan UBN. |
Makanya beliau kena bersusah payah dan mencari point apa saja
untuk dilihat Najib beliau penting agar diambil bertanding dalam pilihan
raya akan datang. Ertinya keaktifan Khairy sejak akhir-akhir ini ada
agenda memasarkan diri.
Tidak mengapa, saya kira Tamrin tidak akan berkecil hati dengan kenyataan dan ulasan Khairy itu. Rakyat dan orang ramai akan merasai sejauh mana penting atau tidak orang-orang seperti Tamrin. Seperkara yang Khairy dan orang ramai perlu menyedari kenapa Tamrin menyertai Pas dan kenapa beliau menceraikan Umno. Tindakan ini yang penting dan perlu dikaji bukannya soal siapa Tamrin itu. Bukankah penghijrahan beberapa tokoh penting Umno dan juga kemasukan bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai polis, tentera dan sokongan artis ke dalam Pas itu disebabkan Pas dapat memberi sesuatu harapan baru kepada mereka?
Saya rasa mereka sertai Pas bukan hendak jadi calon seperti tanggapan
Khairy kepada Tamrin. Mereka bersama Pas kerana seronok dan bahagia
dengan Pas setelah merasakan Umno sudah atau bukan merupakan sebuah
parti politik yang dapat menjamin masa depan bangsa dan negara. Mereka
menyertai Pas adalah untuk membantu rakyat. Mereka menyertai Pas menjadi
denak kepada rakyat di bawah sana. Pengaruh dan populariti mereka sudah
tentu dapat menjinakkan rakyat. Justeru penghijrahan atau tindakan
mereka tetap memberi kesan menjadamkan Umno.
Tuduhan Khairy pembangkang sengaja membesarkan penyertaan mereka (Tamrin) sebagai tektik dan strategi pembangkang tidak tepat. Sebagai sebuah parti lawan sudah tentu Pas atau PKR dan DAP merasa bangga dengan tindakan bekas pemimpin Umno menyertai mereka. Mereka alu-alukan penyertaan itu. Dalam politik atau apa saja perjuangan, apabila musuh bersama kita ia menandakan nilai kita lebih baik dari musuh. Apa lagi dalam politik memerlukan kejutan, (kontroversial) isu penyertaan Tamrin dan yang lain-lain itu memberi kesan besar kepada rakyat.
Begitu juga tanggapan Khairy tindakan beberapa pemimpin Sabah keluar meninggalkan Umno dan BN adalah merupakan orang yang sudah tidak disukai oleh rakyat satu psywar murahan Khairy. Iya adalah gorengan ringan oleh Khairy yang tidak akan diterima sesiapa pun, apa lagi yang melihat realitinya apa yang berlaku di Sabah muasir ini. Cara beliau mengubah persepsi itu juga sekali lagi memakan diri ketua pemuda Umno yang tidak berkuasa itu.
Tidak perlu seenak itu Khairy memperlekehkan Wilfred Bamburing, Lajim Ukin atau Maijol Mahap atau Tamrin dengan beranggapan mereka adalah tokoh yang sudah tidak laku dan ditolak rakyat sekampung. Satu kesilapan besar kalau Khairy cuba menutup apa yang berlaku dan memberi gambaran negatif tentang penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat. Mungkin Khairy atau sesiapa dalam Umno boleh menutup bangkai, tetapi tidak boleh menyekat bau busuknya.
Khairy boleh membohongi orang Umno Seremban dan Kepala Batas dengan apa yang beliau tuduh itu. Tetapi orang Sabah dan rakyat lain yang sudah lama membuang media penjilat buntut dapat, menyaksikan dan membuat perhitungan sendiri betapa besarnya kesan politik daripada tindakan tiga orang tokoh politik Sabah itu. Mereka jangan diperkecilkan kerana mereka adalah pemuka-pemuka di Sabah yang dilihat kecil dari Semenanjung. Misalnya Lajim adalah hero yang pernah mencipta sejarah buat Umno di Sabah. Kalau Lajim tidak bertindak meninggalkan PBS belum pasti Umno dapat menubuh kerajaan di Sabah. Sebagai budak baru Khairy tidak tahu sejarah dan kehebatan Lajim ini. Dia tidak wajar memperkecilkan Tamrin tetapi harus belajar darinya.
Hairan 'lagu mana' Khairy boleh mengatakan mereka sudah ditolak oleh penduduk setempat. Tahukan Khairy berapa ramai yang hadir di majlis pengistyharan dibuat Lajim Ukin di rumahnya di Beufort dua minggu lalu. Lebih 20,000 rakyat berhimpun dan berdiri bersama Lajim Ukin. Begitu juga dengan majlis pengistyharan Wilferd Bamburing dia Tuaran. Dan majalis di rumah Maijol Mahap di Kota Merudu petang semalam juga tidak kurang hebat. Anwar Ibrahim sendiri memperakui beliau tidak pernah menerima sambutan sehebat kini oleh rakyat Sabah. Katanya semasa beliau berada dalam kabinet dulu tidak pernah beliau mendapat sambutan hangat sebegitu rupa.
Lajim Ukin |
Kehadiran Najib ke Sabah itu nampak tergesa-gesa dan seolah-olah mahu memintas Anwar yang sudah menjadualkan lawatan ke Sabah lebih awal sebelum ini. Kalau bukan kerana Najib sudah kecut perut dengan suasana di Sabah masakan Najib perlu berlumba (berbadi) dengan Anwar. Keadaan dan situasi ini perlu disedari oleh Khairy sebelum membuat ulasan dan merendah-rendahkan orang Sabah.
Dalam hal ini bagi saya Khairy tidak perlu cuba memesong relati yang ada kalau beliau masih ada sisa-sisa sayangkan Umno. Sebaliknya beliau harus mengulas atas realiti sesuai dengan sikapnya sebelum ini. Khairy boleh pergi dan 'bertumas' di Sabah melihat sendiri keadaanya. Rasanya dengan pergi sendiri dan mengerakkan pemudanya di sana lebih elok daripada Khairy mengulas dari atas jendela di rumah mertuanya mengenai Sabah dan beretorik dengan strategi politik kebudak-budakan.
Dengan memperlekehkan tindakan beberapa tokoh Umno Sabah dan Tamrin itu ia tidak menambah kekuatan dan nilai kepada Umno. Sebaliknya cara Khairy itu orang akan melihatnya tidakan tersebut tak ubah seperti musang yang tidak dapat anggur manis, kemudian akan mengatakan anggur masam.
Cara Khairy itu juga seperti orang yang dilanda banjir tetapi degil dan enggan berpidah di mana akhirnya orang itu akan hanyut dan tenggelam dalam arus banjir. Kesimpulannya cara Khairy mempertahankan Umno dengan menafikan realiti semasa seolah-olah Khairy sendiri mahu meneggelamkan kapal sopek Umno yang kini dinaikinya. Apapun ulasan Khairy itu sesuailah dengan kapasitinya sebagai seorang ketua pemuda Umno yang tidak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan