Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU
– Pengumuman demi pengumuman pelik, dibuat oleh pemimpin Umno dan
Barisan Nasional (BN) dan menjadi bertambah ‘ganjil’ apabila waktu
dilihat semakin hampir kepada masa pilihanraya umum kali yang ke 13
diadakan.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak,
tiba-tiba Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan satu kajian
kemungkinan jalan keretapi Pantai Timur teah siap dilakukan.
Sedangkan, katanya, sebelum ini pernah ditimbulkan dan kerajaan menafikan tentang perkara tersebut.
“(Umno-BN)
semakin pelik, semakin hamper kepara PRU-13.....menjadi semakin pelik
dan ganjil, kita (PAS) pernah bertanya (kepada kerajaan) tentang
cadangan perkhidmatan keretapi (di negeri ini),
“(tetapi) kerajaan nafi.....tapi sekarang tiba-tiba, (PM) Najib umum kajian sudah siap.....?,”soalnya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Iftar bersama para
petugas pejabat Badan Perhubungan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang
diadakan di sini petang Selasa 31 Julai.
Menurutnya, apa yang
lebih ganjil dalam kenyataan Najib itu adalah, ia termasuk kajian
khidmat keretapi diantara Kerteh dan Kuantan, sedangkan sebelum ini
jalan dan perkhidmatan keretapi tersebut memang telah wujud.
Beliau
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata,
kerajaan sendiri telah mengisytiharkan perkhidmatan keretapi antara
Kerteh dan Kuantan telah dihentikan sepenuhnya pada 1 November 2010.
“Tiba-tiba
ia masuk semula dalam kajian, sedang jalan dan khidmat keretapi antara
Kerteh dan Kuantan telah wujud sejak tahun 2004,
“Perkhidmatan
Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Raiway System – KKRS) telah
rasminya ditutup pada 1 November 2010,”ujanya pelik.
Berita terkait; ECER – Keretapi sudah ter’cecer’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan