MSO
Hendak jadi apa negaraku - Malaysia, sebuah negara ada empat tema
merdeka. Mungkin inilah keunikkan Malaysia atau pun cara pemimpin
politik negara ini hendak memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Negara
hanya sebesar jantung pisang tanduk dengan penduduk seramai 27 juta
tetapi tema hari kemerdekaanya ada empat jenis melambangkan empat puak
dan cita rasa.
Malaysia
memang begitu kaya dengan puak-puak dan pasukan sehinggakan sesama
sendiri pun ada puak dan pasukan. Perhatikan tiadak ada entiti (Ngo)
tunggal di dalam negara ini yang memperjuangkan sesuatu idealisme atau
pun agama dan bangsa, tetapi ia timbul dengan berbagai-bagai nama dan
jenama.
Mungkin kalau diadakan pertandingan mencari negara yang mempunyai banyak
tema hari kemerdekaan untuk tahun 2012 ini ia akan dimenangi mudah oleh
Malaysia. Begitu juga kalau diadakan pertandingan mencari negara mana
yang mempunyai banyak puak dan pasukan ia akan dirangkul oleh Malaysia.
Maka elok kalau takdir Malaysia menjadi tuan rumah sukan olimpik acara
kepuakan ini wajar dimasukkan.
Kerajaan memilih kata-kata atau perkataan "Janji Ditepai" sebagai tema
hari kemerdekaan tahun ini. Tema itu bagaimana pun tidak disetujui oleh
Pakatan Rakyat atas alasan ia berbau politik. Ada logik juga bantahan
Pakatan Rakyat itu. Kenapa tema atau slogan digunakan untuk program
politik UBN digunakan untuk sambut kemerdekaan.
Perlu ada pengasingan di antara negara dengan parti politik. Sekali lagi
pemain politik negara ini tidak profesional dan melambangkan pemikiran
siasah kelas satu. Dalam erti kata lain dalam setiap apa juzu
kehidupan, aktiviti kehidupan dimasukkan unsur politik. Sara rasa para
petani dan pekebun juga ikut memasukkan unsur politik dalam pupuk untuk
tamanam mereka sebaba itu hasilnya tidak menjadi.
Ini terbukti ya apabila kepala sawit sejak ianya disenaraikan di Bursa
Malaysia tidak begitu berbuah. Mungkin para peneroka sudah memasukkan
unsur-unsur politik dalam baja kepala sawit mereka selain ia juga
berkebetulan musim ini musim mengawas.
Gara-gara bangkangan itu Pakatan Rakyat memilih tema dan tajuk lain.
Satu peraduan diadakan untuk mencari tema kemerdekaan dan kata-katanya
sekali. Maka terpilihlah kata-kata berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara. Lalau dianjurkan peraduan mereka bentuk tema berkenaan.
Sebanyak 12 logo diterima Pakatan Rakyat dan salah satunya akan dipilih dan diumumkan dalam masa terdekat.
Saya malas hendak komen mengenai relevansi akan tema berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara
itu. Tetapi apa yang hendak diungkitkan di sini dan merasa pelik dan
ganjil sedikit negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak semua
menerima tema dan seruan berkenaan. Kedah menggunakan tema dan seruan
yang dibuat sendiri berbunyi; Terus Berbakti, manakala Kelantan menggunakan tema yang diperbuat sendiri berbunyi; Menerajui Perubahan.
Sementara negeri Selangor dan Pulau Pinang menggunakan tema kebangsaan Pakatan Rakyat berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara.
Pelik.. kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak dapat bersatu dalam
memilih tema berkenaan. Alasan mengatakan Kedah dan Kelantan terlebih
dahulu memilih tema berkenaan dan sudah diputuskan oleh Exco
masing-masing tidak boleh diterima. Apapun dasar dan polisi walaupun
telah diluluskan tetapi kalau ia tidak menunjukkan kesepakatan boleh
dirubah. Keputusan Exco bukan Quran.
Dalam konteks ini negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu menunjukkan mereka
bersatu, sepakat dan sehati sejiwa. Kalau tema pun berubah mengikut
naluri dan budaya masing-masing mudahlah ia akan diserang oleh UBN
mengatakan Pakatan Rakyat pakatan yang rapuh dan pakatan gulai kawah.
Namun dalam pada itu ada logiknya juga kalau Kedah dan Kedah mengekalkan
tema berkenaan kerana mereka lebih awal menentukannya. Ada pun
penentuan tema dan logo kebangsaan Pakatan Rakyat itu terbit kemudian
selepas ada pihak tidak puas hati dengan logo dan seruan kemerdekaan
kerajaan UBN; Janji Ditepi.
Bayangkan kalau tertakdirlah Pakatan Rakyat mempunyai beberapa kerajaan
negeri lagi, mungkin jumlah tema itu akan bertambah lagi. Maka negeri
Pakatan Rakyat akan jadilah negeri teme-tema.
Apa boleh disimpulkan disini Pakatan Rakyat tidak mempunyai idea pun
untuk menyambut kemerdekaan dengan tema dan logonya sendiri. Kalau
mereka ada idea dan azam sudah tentu mereka akan berbuat dan
memikirkannya awal-awal dan tidaklah pula payah negeri Kedah dan
Kelantan mereka dan mencari temanya sendiri.
Hendak tanya sikit (jangan marah) kalau Pakatan Rakyat mahukan tema yang
bersifat universal dan tidak mempunyai elemen politik seperti Janji Ditepai,
apakah tema yang digunakan oleh Kelantan dan Kedah itui bukan berunsur
politik? Kalau ia berunsur politik maka tidak adalah salah besar kalau
UBN juga memilih tema yang digunakan dalam program Umno. Bukankah Umno
itu pendirian kerajaan ini?
Cadangan saya lain kali kalau Pakatan Rakyat juga bersemangat hendak
sambut kemerdekaan, fikirlah awal-awal jangan difikir setelah melihat
kepincangan orang lain yang kita rasakan. Dan mengenai tema dan seruan; Sebangsa Sejiwa Senegara itu simpanlah untuk dijadikan tema kemerdekaan tahun depan tatkala Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan