Khamis, 2 Ogos 2012

Peguam Anwar, Saiful diminta fail fakta dipersetujui

Hafiz Yatim


 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengkehendaki peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya memfailkan fakta yang dipersetujui dan isu-isu untuk dibicarakan.

Berikutan ini, Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan 12 September untuk pengurusan lanjut kes tersebut.

Perkara itu didengar di hadapan Hakim Su untuk pengurusan kes. ini adalah kali pertama kes itu dibawa untuk didengarnya.

Anwar telah memfailkan saman fitnah pada 2008 terhadap Saiful berhubung dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya itu.

Ketua Pembangkang itu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu daripada tuduhan meliwat Saiful.

Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Saiful hari ini diwakili peguam Zamri Idrus manakala Adeline Yew mewakili Anwar.

Tiada ulasan: