Bekas
Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat
bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu
Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr
Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh
Darwish.
Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi
Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.
Mungkin
adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’
Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli
Pas.
Tetapi
berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil
beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup
kencang sejak akhir-akhir ini.
Nasaruddin
sebelum ini memang dilihat sebagai tokoh Pas yang ‘pro-UMNO’ apatah
lagi bila cuba membawa idea ‘perpaduan’ dengan parti berkenaan.
Namun,
awal-awal lagi beliau telah ‘dibunuh’ oleh pemimpin Pas lain yang tidak
senang dengan pembawakannya, hasilnya beliau gagal dalam pertandingan
mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar
Tahunan PAS ke -57 tahun lalu.
Mungkinkah di saat kita dikejutkan dengan tindakan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah meninggalkan parti itu, kita akan dikejutkan pula dengan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menyertai BN?
Mungkinkah di saat kita dikejutkan dengan tindakan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah meninggalkan parti itu, kita akan dikejutkan pula dengan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menyertai BN?
Apatah
lagi menurut sumber Mynewshub.my, Nasaruddin akan mengumumkan secara
rasmi penyertaannya ke dalam UMNO sebaik saja pulang dari tanah suci
nanti!
Kalau betul, tak banyak sikit pun ia PASTI akan mewarnakan lanskap politik tanah air.
Sementara
itu, menurut laporan Bernama, tokoh-tokoh ulama berkenaan menyifatkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai
teras kepada kemajuan.
Najib
memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu
memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan
Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun
rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Katanya
para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia
yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara
Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.
“Kita
juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu
dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut
pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku
sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” kata beliau.
Ulama itu
berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan
Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang
konflik seperti negara majmuk yang lain.
Sumber: Mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan