Dewan
Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden
PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas
samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan
dengan kehendak parti.
”Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama
dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli
Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang
diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu,” kata
Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya.
Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.
Beliau
juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak
di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.
“DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.
“DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.
“Sedangkan
semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh
Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan
selama ini,” kata Nuri dalam kenyataannya.
Ditambah
dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK
melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah
beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.
“Jika
beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar
untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada
terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di
dalam PRU12 yang lalu,” katanya.
Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan