Akibat
melewatkan solat Asar, seorang pelajar Tingkatan Dua ditendang
beberapa kali di perut oleh lima rakannya di dalam bilik air asrama
sekolahnya.
Berikutan kejadian itu, Muhammad Ridwan Radin, 14, pelajar
Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Al-Islah, Parit Sungai Lampan,
Teluk Intan, terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang limpanya
kerana koyak akibat hentakan kuat.
Lebih malang, anak sulung daripada
tiga beradik itu terpaksa mengambil antibiotik sehingga berusia 21
tahun.
Dalam kejadian 29 Jun lalu, mangsa berada dalam tandas asrama apabila didatangi lima rakannya yang bertanyakan sama ada sudah menunaikan solat Asar.
Mangsa
yang menjawab belum kerana mahu mandi dulu terus disepak salah seorang
rakannya sebelum mangsa berlari ke biliknya. Namun, mereka mengikutnya
ke bilik dan terus menyerangnya.
“Saya
kemudian memaklumkan kejadian itu kepada rakan, namun tidak
menceritakan kepada keluarga atau guru kerana takut dimarahi. Akibat
terlalu sakit di perut, saya meminta guru supaya menghubungi bapa,”
katanya ketika di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusinya, Datuk Seri Micheal Chong dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.
Bapa
mangsa, Radin Mohd Nor Ashikin Osman, 38, berkata beliau dihubungi guru
sekolah meminta mengambil anaknya yang mengadu sakit perut.
Beliau
yang tinggal di Setapak, kemudian membawa anaknya ke Klinik Teluk
Intan, namun kesakitan dialami anak sulungnya semakin teruk sebelum
merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur. (HKL).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan