Jumaat, 17 Ogos 2012

Komando tentera didakwa curi minyak wangi

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seorang komando tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan mencuri minyak wangi dan penggaris mata di sebuah pasar raya, Selasa lepas.

Mohd Arif Hakimi Abdul Manan, 26, dari Kem Sungai Udang, Melaka didakwa mencuri sebotol minyak wangi dan dua batang penggaris mata kesemuanya bernilai RM77.70 milik Mydin Wholesale Emporium Holdings Bhd di Mydin Wholesale Emporium, Jalan Silang, Dang Wangi, di sini pada 6.15 petang, 14 Ogos lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Majistret Zaki Asyraf Zubir tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh tiada penjamin dan menetapkan 10 September untuk sebutan. - Bernama

Tiada ulasan: