Jumaat, 17 Ogos 2012

Enakmen p'raya tempatan PP sudah diwarta

 
Susan Loone


 
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bahawa enakmen berhubung pilihan raya tempatan negeri itu telah diwartakan pada 5 Julai lalu.

Ahli majis Chow Kon Yeow berkata, beliau sudah menerima salinan pencetak enakmen itu hari ini.

NONEChow, yang juga ketua DAP negeri, berkata, enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 9 Mei itu kini "sudah menjadi undang-undang".

"Enakmen itu kini menjadi undang-undang walaupun tarikh pelaksanaan pilihan raya tempatan belum diumumkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Ini bermaksud, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan mengadakan pilihan raya tempatan, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama menjalankan proses yang tidak lagi dilaksanakan sejak 1969 itu.

Tiada ulasan: