Sabtu, 11 Ogos 2012

Bekas ketua hakim Borneo ketuai RCI Sabah





 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang haram di Sabah akan diketuai oleh bekas ketua hakim Borneo Steve Shim.

steve shim chief justice of sabah and sarawakIa akan turut dianggotai oleh bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Kamaruzaman Ampon, bekas peguam besar negeri Herman Luping, bekas setiausaha kerajaan negeri KY Mustafa dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Hendry Chin.

Anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahan berkata, Najib mengumumkan perkara itu dalam pertemuan dengan pemimpin BN Sabah tengah hari ini.

"Najib kata, 'saya dengar harapan rakyat melalui pemimpin BN. Sebab itulah saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukannya'," kata Abdul Rahman dalam pesanan Twitter.

Shim pada Mei lalu dipilih sebagai anggota RCI untuk menyiasat dakwaan kekasaran polis dalam BERSIH 3.0 tetapi menolaknya atas atasan masalah kesihatan.

7 ulasan:

DorianG berkata...

The main reason for those believing the state was headed in the wrong direction was concerns over inflation, poverty and uneven access to development and the large influx of illegal immigrants. Sabah BN has been pushing for an RCI for months now, with federal Cabinet ministers from the state saying such an inquiry “will have little value” if announced after elections and that the issue puts their “political lives on the chopping block”. They also want Datuk Seri Najib Razak to delay polls until the second half of the year despite Umno leaders appearing bullish after an encouraging turnout of at least 50,000 at its 66th anniversary celebrations. According to replies provided in Parliament last year, Sabah’s population was 651,304 in 1970 and grew to 929,299 a decade later. But in the two decades following 1980, the state’s population rose by a staggering 1.5 million people, reaching 2,468,246 by 2000.

Unknown berkata...

Semoga beliau pikul tanggungjawab ini dengan penuh integriti.

Unknown berkata...

Atama mempertikaikan kredibiliti TS Herman Luping sebagai salah satu panel RCI.

Mumbai berkata...

syabas kepada kerajaan pimpinan Najib.. tidak sia2 rakyat Sabah mengekalkan kerajaan BN di negeri ini dan juga di Puterajaya..

Mumbai berkata...

Rafizi Khan.. jangan dilayan sangat dengan suara2 pro pembangkang.. kalaupun anggota panel itu didatangkan khas dari PBB sekalipun, pembangkang akan tetap mempertikaikan pemilihan itu.. lain la kalau si Atama dengan si Namewee yang kena lantik..

mantera berkata...

moga bekas ketua hakim ini dpt laksanakan tanggungjawab ketuai RCI dgn baik.

Unknown berkata...

Pastikan pelaksanaan RCI tidak dimanipulasi oleh mana2 pihak.