Aspan Alias, |
Isu
pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak
merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta
Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh
Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu
amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk
meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca
oleh banyak pihak dengan mudah.
Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.
Hanya yang perlu dilakukan ialah pihak Petronas menghormati perjanjian itu sebagaimana yang telah dipersetujui dan di tandatangani itu. Pembayaran yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah secara tunai sebanyak dua kali setahun sebanyak 5 peratus dari harga FOB minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Pembayaran itu wajib dibayar pada setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun dan setakat ini Petronas belum lagi menghormati perjanjian itu. Anggaran jumlah tunggakkan yang perlu dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan sekarang ialah sebanyak RM7 billion.
Apa yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah membayar sahaja jumlah itu kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Tidak perlu lagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk pembayaran ini kerana segala tata-cara dalam perjanjian itu sudah lengkap dan dengan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan dapat mengelakkan sesiapa untuk beranggapan yang itu hanyalah sebagai satu ‘political ploy’ pihak BN untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Kelantan dalam PRU yang akan datang ini.
Penubuhan jawatankuasa itu belum pasti lagi dapat menentukan yang perjanjian yang telah ditandatangani itu akan dilaksanakan. Helah yang dibuat oleh Perdana Menteri ini ibarat menyorok di belakang pelita yang terang atau menyuluh di sebalik telunjuk. Inilah masalahnya jika pemimpin kita masih berfikir yang rakyat khususnya rakyat Kelantan masih boleh diperbodoh-bodohkan.
Pada pandangan saya, rakyat Kelantan tidak boleh berganjak walau seinci dari perjuangan untuk mendapatkan hak mereka dalam isu royalti minyak ini. Selagi pembayaran tidak sampai ke perbendaharaan negeri Kelantan, mereka (rakyat Kelantan) wajib untuk menolak keengganan kerajaan Persekutuan untuk membayar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap Kelantan.
Tubuhlah apa-apa jawatankuasa sekali pun, jika pembayaran tidak sampai sebelum pilihanraya, jawatankuasa itu hanyalah merupakan satu helah politik yang sangat dangkal dan mudah dibaca dengan jelas oleh kita, lebih-lebih lagi oleh rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka selama ini. Najib nampaknya menubuhkan jawatankuasa untuk menepati janji-janji yang telah pun tertulis dalam perjanjian yang sudah lama dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Najib dan BN tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perasaan curiga mereka terhadap kepimpinan beliau (Najib), kerana rakyat bersandarkan penilaian mereka dari apa yang telah mereka alami dikelirukan oleh UMNO sejak pimpinan Dr Mahathir lagi.
Oleh itu, janji Najib dan kerajaan Persekutuan akan hanya diakui jujur apabila sejumlah yang tertunggak untuk dibayar kepada kerajaan Kelantan itu sungguh-sungguh sampai kepada perbendaharaan rakyat dan kerajaan pilihan mereka di Kelantan….titik!
Najib mesti laksanakan slogan yang sedang dimainkan, ‘janji ditepati’ semasa merayau-rayau di seluruh negara berkempen dengan menggunakan slogan itu. Inilah masanya yang paling sesuai untuk menepati janji yang tidak pernah ditepati itu.
Jika pembayaran yang telah dipersetujui itu tidak dibayar sekarang maka tindakan merayau-rayau ke seluruh negara berkempen slogan ‘janji ditepati’ itu akan hanya berakhir dengan menghabiskan karipap sahaja. Sekali pergi puluhan ribu karipap dibuat untuk memberi ‘refreshments’ kepada yang telah dipunggah dengan bas untuk menunggu kedatangan PM yang sedang dalam kekeliruan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan