Rabu, 8 Ogos 2012

Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma -Apa Kata Rakyat Selangor?

Staff Berita Semasa 
 
Noh omar projek udang Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma  Apa Kata Rakyat Selangor? 

Sedar tak sedar, dah lebih 4 tahun rakyat negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat menerima air percuma 20 meter padu setiap bulan. 

Rata-ratanya, ramai yang menikmati kaedah air percuma ini.

Namun begitu, ada ura-ura mengatakan sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum-13 yang semakin hampir ini, dasar pemberian air percuma akan dihentikan dan diganti dengan kadar tarif air yang tidak membebankan.

tarif air selangor berita semasa Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma  Apa Kata Rakyat Selangor?

Kita sudah sedia maklum, kena faham dengan ayat-ayat orang politik ini.Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Noh Omar menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kerana menolak projek Loji Rawatan Air Langat 2, yang kosnya mencecah 8 bilion kerana mendakwa bahawa air terawat di Selangor dalam keadaan kritikal oleh kerana loji rawatan sedia ada yang tidak berfungsi dengan efisien.

Kami meletakkan keputusan di tangan anda? Mahu air percuma atau mahu kadar tarif air tidak membebankan.Buat pilihan anda.

Mana Satu Yang Menjadi Pilihan Anda?

Tiada ulasan: