Kontroversi berkaitan filem Tanda Putera terlerai
hari ini apabila penerbit Pesona Pictures menjelaskan watak Penasihat
DAP Lim Kit Siang tiada dalam filem itu seperti dianggap ramai pihak.
Pengarahnya Shuhaimi Baba menjelaskan foto dengan kapsyen yang mendakwa Lim kencing pada tiang bendera dalam laman Facebook filem berkenaan bukan berasal dari filem itu.
Menurutnya, ia datang daripada orang ramai yang menghantarnya kepada pihak penerbit dan mereka bertindak menurunkannya dari laman Facebook itu tidak lama kemudian.
"Kami terima banyak gambar untuk dikongsi di Facebook kami. Kami juga ingin jelaskan tidak semua gambar yang ada di Facebook ada dalam filem kami," kata Shuhaimi pada sidang media petang tadi.
Menurut Shuhaimi, gambar itu juga sebenarnya dari era yang berbeza daripada zaman yang digambarkan dalam filem Tanda Putera.
"Jadi kami tak gunakan gambar itu kerana ia bukan pada masa itu (yang digambarkan dalam filem)," kata Shuhaimi.
Tambahnya, isu permohonan maaf berkenaan gambar itu juga sepatutnya tidak timbul kerana ia dikeluarkan selepas dimaklumkan orang ramai berkenaan polemik di sebalik gambar itu.
"Gambar itu ada di Internet, bukan dari kami, kami kongsi apa yang orang hantar.
"Ada orang beritahu kami tentang teks (penafian Lim Kit Siang) dan kami keluarkannya," katanya.
13 Mei hanya 10 minit
Penerbit Eksekutif Aida Fitri Buyong pula menjelaskan, gambar itu pada awalnya diletakkan pada laman Facebook untuk menunjukkan pihaknya melakukan kajian sebelum membikin filem itu.
Sementara itu, Shuhaimi berkata, pihaknya meneliti pelbagai rujukan sebelum membikin filem itu, termasuk laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan buku ahli akademik Dr Kua Kia Soong.
"Saya baca semua yang elok, yang manis, yang masam, semua saya baca," kata Shuhaimi (kiri).
Sementara itu, mengulas babak tragedi berdarah 13 Mei 1969, Shuhaimi berkata ia hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem itu.
Manakala berhubung babak tunjuk perasaan kaum Tionghua yang membawa sepanduk berunsur perkauman, Shuhaimi yakin rakyat Malaysia sudah matang menghadapinya.
"Sebab kami rasa penonton sepatutnya sudah matanglah. Kami rasa sudah sampai masanya untuk kita semua menonton sejarah kita sendiri," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan