Khamis, 9 Ogos 2012

3,144 anggota JPAM bertugas

MY METRO


ANGGOTA JPAM akan menjalankan tugas dalam Ops Bantu V sempena Hari Raya Aidilfitri bermula dari 16 hingga 26 Ogos ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, sebanyak 3,144 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditugaskan dalam Ops Bantu V bermula dari 16 hingga 26 Ogos ini.

JPAM dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata, operasi kali ini juga diperluas ke Sabah dan Sarawak.

"Ini bermakna, keseluruhan 14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) akan terlibat.

"Ops Bantu V turut melibatkan hampir 71 Pejabat Negeri Pertahanan Awam Daerah (PDPA) merangkumi 72 laluan rondaan.

Menurut kenyataan itu, operasi akan dijalankan selama 16 jam sehari melibatkan dua syif iaitu pukul 8 pagi hingga 4 petang dan dari pukul 4 petang hingga 12 malam.

Tiada ulasan: