|
Pagi-pagi lagi saya telah menerima PM - personal mesej meminta saya mengulas laporan akhbar penjilat buntut Mingguan Malaysia hari ini. "Tuan buatlah ulasan mengenai kejahatan Utusan Malaysia
yang melapor tentang bersih itu.." katanya. Walaupun saya belum membaca
akhbar berkenaan tetapi saya sudah boleh agak apa yang dilaporkan oleh
akhbar lidah hitam Umno itu. Laporannya pasti jahat punya.
|
Perhatinkan siapa yang menterbalikkan kereta polis itu. |
Saya bukan anti media massa sebenarnya, saya orang media. Saya cuba
melendikkan pemikiran saya dan membina persepsi baik kepada apa-apa juga
pemikiran akhbar. Saya bukan marah dan tidak setuju kepada Utusan, Berita Harian dan seracunnya dengannya tetapi saya juga tidak suka Harakah atau Suara Keadilan kerana bentuk pemberitaan mereka gagal menjadikan akhbar itu sebagai pembentuk fikiran sihat dan bergerak ke arah perpaduan.
Saya marah semua sekali. Tetapi cara Utusan sudah melampau. Utusan
bukan lagi menjadi Pencetus Hati Nurani Rakyat yang menjadi taglinenya.
tetapi Utusan menjadi pencetus perbalahan dan persengketaan sesama
sendiri. Utusan telah menjadi pencetus api perkauman, pemfitnah dan
segala macam keburukan dan kebusukan di gendung akhbar usang itu. Saking
jahatnya Utusan menyebabkan orang melihat seluruh organisasi itu hitam
melegam. Bukan saja pak-pak pengarang tetapi despatch pun turut dijeluakkan.
Kejahatan dan kuasa fitnah akhbar ini semakin meluas dan melebar. Mereka
yang menduduki jabatan pengarang sudah hilang kewarasan. Doktrin Yahudi
sudah meresapi ke saraf otak mereka. Sebenarnya akhbar berkenaan tidak
layak lagi untuk disebut dan dibicarakan sebagai sebuah media pembangun
nusa dan bangsa negara ini.
Semalam lagi saya sudah mengagakkan apa yang akan diterbitkan hari ini.
Malahan saya sudah memberi beberapa gambaran tajuk yang akan dipakai
oleh akhbar berkenaan berhubung Bersih. Mesti spin punya... kalau tidak
spin pengarang dan penasihat di Utusan tidak layak untuk meminum darah
syaitan. Mereka dibayar gaji dan segala macam elaun untuk membeli tikit
ke Neraka.
Tulisa saya di Fb semalam:
Besok akhbar PB akan menyiarkan laporan buruk terhadap bersih 3.0 dengan
tajuk muka depan, Himpunan Bersih Kotor, ataupun Para himpunan ganas,
atau pun Bersih 3.0 tidak hormati undang-undang, ataupun Bersih 3.0
menimbulkan huruhara. Surat khabar PB juga akan merekodkan jumlah yg
berhimpun tadi hanya 10,000 orang sahaja. Saya membuat prediction ini
untuk tidak merujakan hati para penyokong bersih yang telah lama berita
mengenai kegiatan mereka dispin oleh akhbar berkenaan. Kepada saya
biarlah apa yang media hendak kata dan berapa jumlah yang akan
dikreditkan bahawa keadaan nyanya UBN waktu ini tidak ubah seperti telor
dihujung tanduk yang akan jatuh dan berkecai bila-bila masa saja.
|
Saya sudah beri tajuk-tajuk untuk Utusan. |
Ternyata apa yang saya prediction itu betul 100%. Saya sudah dapat
membaca kejahatan bertradisi akhbar berkenaan terhadap oposisi. Cuba
bazirkan wang M2.50 hari ini dan belikan akhbar berkenaan kemudian
teliti tajuk-tajuk dan isinya.
Di sini saya tidak mahu mengulasnya panjang lebar mengenai itu kerana
membazir air liur. Bercerita mengenai Utusan memberi dosa kering kerana
mengecerkan kejahatan. Apa yang hendak saya paparkan dan perkatakan di
sini yang saya sudah boleh membaca apa yang ada dalam kepala orang
Utusan. jadi jangan 'adik kakak' merasa hairan dengan kejahatan dan
kebejatannya.
Sebelum ini pun saya sudah memberi formula atau petua bagaimana untuk
mempercayai apa-apa dilaporkan akhbar berkenaan. Asas berita yang
menjadi amalan akhbar itu hanyalah 6.25 sahaja. Maksudnya nilai
kebolehpercayaan hanya 6.25 peratus saja.
Formulanya begini, sesebuah berita spekulasi, rencana beragenda, apa-apa
juga berita mengenai oposisi anda hendaklah membahaginya kepada dua.
Misalnya kepercayaan asas anda mulanya 100 peratus ia hendaklah dibahagi
dua, jadinya 50. Itu asas yang benar tetapi belum pasti sahih.
50 peratus itu hendaklah dibahagi dua, jadi 25 peratus kemudian yang 25
peratus dibahagi dua lagi maka jadilah 12 setengah. Yang 12 setengah ini
pun tidak boleh dipercayai terus ia hendaklah dibahagi dua iaitu jadi
6.25 peratus. Angka akhir inilah yang boleh difikirkan sebagai benar.
Manakala mengenai angka yang diberikan akhbar berkenaan juga ada formula
tersendiri. Kalau angka kehadiran di pihak pembangkang biasanya akhbar
itu menolak angka sebenar dengan 20 hingga 60 kali ganda. Misalnya kalau
himpunan bersih semalam mencecah 250,000 Utusan akan mengurangkan
menjadi hanya 25,000 sahaja atau kurang daripada itu, mungkin 15,000.
Sebaliknya kalau kehadiran di pihak Umno atau BN akhbar itu akan
menambah angka itu sampai ratusan kali ganda. Kalau kehadiran 5,000 akan
ditambah angka satu atau dua dihadapan menjadi 15,000 atau 25,000
adakanya mencecah 35,000.
Permainan angka-angka inilah menjadikan nawaitu akhbar itu untuk
membantu UBN khasnya Umno menjadi senjata makan tuan. Angka-angka ini
menyebabkan Umno syok sendiri seperti mana tahun 2008 parti itu dibaham
tsunami teruk setelah merasa selesa berada di atas rumah di puncak
gunung.
Berbalik kepada Utusan tadi kejahatannya sangat jelas. Kejahatan
yang disebut dan diulang-ulangi dalam Quran. Kebusukannya tidak boleh
ditusuk selindung lagi. Kerana terlampau jahat menyebabkan kebatilan
yang mereka lakukan dibalas dengan dengan kebenaran pada saat itu juga.
Cuba perhatikan sekeping gambar Bersih keadaan bagaimana sebuah kereta
polis yang diterbalikkan. Utusan cuba memberi gambaran dan cuba
mencetakkan dalam minda umum yang para himpunan Bersih ganas, kejam dan
jahat. Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama
erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa
hari sebelum Bersih diadakan.
Bagi Utusan yang menterbalikkan kereta polis itu ialah peserta
Bersih. Kejadian itu berlaku selepas kereta itu merempuh pembahagi
jalan, bukan rempuh orang... kata Utusan. Tidak disebut langsung yang
kereta berkenaan sengaja merempuh peserta Bersih. Kenapa? Inilah
kejahatan nyata oleh akhbar berkenaan yang telah mengklonkan lidahnya
dengan lidah syaitan. Di sinilah saya katakan akhbar ini telah
menyimpulkan fakta dalam kilas yang carik dan cuba mencetuskan nafsu
amarah umum dengan cetusan itu. Utusan pencetus kejahatan.
Perhatikan juga baik-baik orang yang sedang memterbalikkan kereta
berkenaan. Apakah warna baju yang mereka pakai? Bukankah baju atau
uniform peserta Bersih berwarna kuning atau hijau? Apakah pula baju dua
tiga orang yang sedang memterbalikkan kereta itu. Bukankah ianya
berwarna hitam? Jadi siapa mereka? Jelas mereka bukan perserta Bersih
atau Lynas kerana mereka memakai baju Bersih dan Lynas berwarna kuning
dan hijau.
Di sni kerana terlalu ghairah hendak membuat jahat dan fitnah Utusan
terlupa untuk menukar warna baju mereka. Atau pun penjahat itu terlupa
menanggal dan menukar baju? Polis juga sudah sebati dengan warna
kejahatan mereka iaitu hitam. Polis kalau hendak serbu orang secara
gelap, hendak tangkap dan tembak orang akan pakai sarung muka berwarna
gelap.
Saya rasa dengan penjelasan ini orang ramai tahu akan peranan,
tanggungjawab dan juga kesilapan akhbar itu dalam memburukkan pihak lain
dan cuba menjadikan Umno sebagai telor emas. Benarlah bagai di kata
kalau kita melampau didalam sesuatu perkara itu, kemelampauan akan
memakan diri kita akhirnya.
Kerana apa yang berlaku itu adalah provokatif yang dicipta untuk
melahirkan insiden-insiden menyayat yang akhirnya menatijahkan kejadian
yang buruk bagi digunakan sebagai modal pilihan raya, saya yakin insiden
semalam termasuk juga kejadian pistol polis dirampas dan hilang sekejap
itu akan digunakan sebagai modal untuk memburukkan Bersih dan Pakatan
Rakyat. Perkara inilah akan ditanam di kepala umum selepas wang (BR1M)
ternyata gagal mempedayakan rakyat.
Bagi saya oposisi tidak perlu risau dan rungsing kerana rakyat sudah
tahu segala kerja akhbar PB dan persepakatan di antara media dengan
pihak berkuasa seperti polis itu. Rakyat yang sudah dibasuh mindanya
tidak akan percaya sementara yang sikit-sikit hendak percaya juga akan
mengoyak seluruh saraf akarnya untuk menilai semula kebolehpercayaan
akhbar berkenaan kerana ianya sudah melampau. Saya sarankan Utusan boleh
dibaca tetapi tidak boleh dipercayai.
Utusan juga kini senasib dan segelisah dengan Umno. Utusan bolehlah
dianggap tembuni kepada Umno. Sekiranya Umno sudah hancur atau rosak
maka ia juga akan rosak dan akan menjadi gemulah. Kepada penjengok blog
MT akan faham dengan penjelasan ini serta mengenali bagaimana peranaan
akhbar berkenaan yang ternyata ia lebih buruk dan busuk dari kertas
penyapu tahi di dalam jamban. [wm.kl.9:49 am 29/04/12] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan