Abdul Shukur Harun
Ketika
berada di tengah Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu, saya
mendapati himpunan itu mencapai kejayaan luar biasa. Bukan semata-mata
kerana ia disertai oleh ratusan ribu orang, terutama golongan muda,
tetapi juga disertai pelbagai kaum dan agama. Ia jauh lebih besar dari
Himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu. Dianggarkan lebih kurang 300,000
orang telah menyertai himpunan kali ini.
Ini
bukti nyata bahawa rakyat yang sedar – merentasi kaum dan agama – –
telah sama-sama berjuang untuk menuntut pilihan raya yang bersih dari
pelbagai penipuan dan manipulasi, terutamanya mengenai daftar pemilih
yang masih kotor.
Himpunan
itu juga disertai majoriti golongan muda yang amat sedar akan pentingnya
sebuah pilihan raya bersih demokratik. Saya bertemu dengan seorang anak
muda, kira-kira 25 tahun, bernama Amir Razali di himpunan itu, katanya:
“Pilihan
raya adalah permulaan dari bentuk pemerintahan negara. Kiranya pilihan
raya itu tidak bersih, penuh penipuan, tidak mungkin kerajaan yang
menang itu akan dapat menjalankan pemerintahannya dengan bersih, adil
dan terbuka.”
Beliau
baru saja menghabiskan pengajiannya di sebuah kolej dan berhasrat
menyambung pengajiannya hingga ke peringkat Phd, jurusan ekonomi, “kalau
cukup wang, sebab keluarga saya miskin.”
Beliau
antara puluhan ribu anak muda – pelbagai bangsa dan agama – yang berdiri
di depan Masjid Negara untuk bersiap menuju tempat paling hampir ke
Dataran Merdeka yang dikepung segenap penjuru oleh pihak berkuasa.
Sejak jam
10.00 pagi Masjid Negara dan Masjid Jamek (yang paling dekat dengan
Dataran Merdeka), orang ramai telah berkumpul dan memenuhi jalan raya.
Mereka bertali arus datang. Saya sendiri tiba di pekarangan tempat
kereta di hotel sebelah KL Central dan bersolat Subuh di sana.
Selepas
itu beramai-ramai menuju ke Masjid Negara. Orang ramai juga ada yang
berkumpul di Brickfield untuk menuju ke tempat paling dekat dengan
Dataran Merdeka seperti diarahkan.
Ketika
matahari muncul, orang ramai terus berdatangan ke Masjid Negara. Ramai
di antara mereka – ramai dari Kumpulan Lynas dari Pahang – yang
sepatutnya tiba di KLCC, tidak dapat ke sana kerana pelbagai sekatan
jalan. Bagaimanapun jumlah yang berada di sana juga ramai.
Pagi itu cuaca cerah seperti merestui Himpunan hari itu. Orang ramai di mana-mana, di tepi jalan ada yang duduk untuk makan bekalan yang dibawa, sementara pergerakan menuju ke Masjid Negara dan Masjid Jamek terus rancak.
Kalangan
peserta, kebanyakan penyokong DAP, seperti diarahkan, berhimpun di Jalan
Sultan, berhampiran Petaling Street. Cuaca pagi terus cerah, awan putih
di langit bagaimana memerhatikan pergerakan rakyat hari itu.
Suasana
bandaraya kelihatan ceria, pembersih sampah menjalankan tugasnya,
kendereaan bergerak seperti biasa di jalan-jalan yang tiada sekatan.
Namun semua jalan ke Dataran Merdeka disekat, bukan saja dengan kun
merah tetapi juga kawat berduri yang kelihatan masih baru dipakai,
sementara di sana sini pasuka polis mengawal dengan ketatnya.
Di pekaran
Masjid Negara orang ramai terus berdatangan dan pelancong juga ramai
tiba, mengambil gambar dan kelihatan tertarik melihat apa yang berlaku.
Tidak terlihat kebimbangan mereka. Saya bersolat Sunat di sana,
sementara orang ramai ramai terus berdatangan, Matahari mulai meninggi.
Unit Amal PAS bertugas dengan baik mengawal keadaan.
Saya
menelefon Sasterawan Negara, A. Samad Said di mana beliau berada. “Saya
berada di rumah (di Bangsar) dan akan bertolak ke sana sebentar lagi
dengan LRT.” Saya bertanya lagi, sama ada beliau datang dengan pengawal
peribadi, beliau segera menjawab, “Tidak, saya berlindung dengan Allah.”
Dan saya menjawab, “Alhamdulillah.”
Masjid
Negara itu terus menjadi saksi akan kebangkitan rakyat. Himpuna
membantah PPSMI, Bersih 0.2 tahun lalu juga diadakan di sana. Bermakna
Masjid Negara mempunyai makna penting dalam sejarah kebangkitan rakayat.
Orang ramai terus berdatangan dari segenap penjuru dan Unit Amal berada
di mana-mana, tahniah atas khidmat mereka yang cemerlang. Saya bertemu
dengan para sahabat dari Selangor – YB Ir. Khalid Samad, YB Che Rosli
Che Mat, Ahli Parlimen Kedah, YB Johari Abdul, YB Firdaus, Ahli Exco
Selangor serta Ustaz Haji Ahmad Awang dan isteri, serta ramai pimpinan
PAS Selangor.
Di
pekarangan masjid – berdepan dengan stesyen keretapi lama, Timbalan
Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan
Tantawi dan tokoh lain menyampaikan arahan dan ucapan. Presiden PAS,
Datuk Seri Abd Hadi Awang menyampaikan ucapan di Dataran Maybank,
sementara para pemimpin Bersih 0.4 berada di pelbagai tempat yang telah
ditentukan.
Di
pekarangan masjid, kelihatan ramai kalangan bukan Islam yang datang dari
arah Brickfield. Seorang di antaranya yang saya temui, mengenalkan
namanya, Mr. Tan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau bersama isteri
datang dari Segamat, Johor bersama empat orang sahabatnya dan tinggal di
hotel berdekatan.
“Saya
gembira tengok semua kaum ikut dalam Himpunan ini. Ini betul-betul
bersih, tak ada perkauman. Kita semua datang untuk menghantar mesej
kepada kerajaan supya mengadakan pilihan raya dengan bersih, jangan
tipu,” katanya.
Kalangan
anak muda kelihatan mendominasi Himpunan Bersih ini dan mereka kelihatan
berada di mana-mana dengan baju kuning dan lilit kepala Bersih penuh
semangat. Inilah generasi akan datang yang akan menanganai cabaran
mendatang. Bagamanapun, kelihatan ramai kalangan veteran yang masih
bersemangat dan ikut dalam arus kebangkitan ini.
Pada
pendapat saya, ini adalah isyarat sangat jelas bahawa perjuangan ini
didukung oleh kalangan anak muda, golongan veteran, malah ribuan
muslimat turut berada di tengah-tengah Himpunan itu – di depan stesyen
keretapi lama, di Masjid Negara, di jalan dari Sogo, di KLCC, sepanjang
jalan arah ke Masjid Jamek yang sangat kritikal dan paling banyak
menerima semburan gas pemedih mata.
Pengerusi
Bersama Bersih 3.0, Sasterawan Negara, A. Samad Said sempat bersolat
Asar di Masjid Negara kira-kira jam 5.15 petang selepas Himpunan dan
disambut oleh orang ramai yang masih berada di situ.
Saya
menyaksikan wartawan Aljazeera, wartawan BBC, wartawan TV Australia,
Hong Kong, Singapura dan banyak lagi media antara bangsa merakamkan
peristiwa ini di samping menemuramah pemimpin Bersih 3.0 dan orang
ramai.
Ini
bermakna protes rakyat ini sedang disaksikan oleh dunia, apalagi
Himpunan Bersih 3.0 turut diadakan puluhan kota besar di seluruh dunia,
termasuk di Makkah dan Madinah. Seluruh dunia tahu bagaimana demokrasi
‘disandiwarakan’ di negara ini dan tidak syak lagi pemerintahan Barisan
Nasional sedang dalam perhatian seluruh dunia.
Sesungguhnya
gelombang kesedaran dari lautan manusia, peserta Himpunan Bersih 3.0
ini sepatutnya disedari oleh pemimpin pemerintah supaya menjalankan
pilihan raya penuh demokratik, terutama membersihkan daftar pengundi.
Ini sangat penting disedari, tetapi sangat malanglah jika mereka gagal
memahami gelombang rakyat ini di mana kesannya tidak dapat dibayangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan