Sabtu, 28 April 2012

Ambiga degil mahu teruskan demonstrasi Bersih hari ini

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Pembangkang tetap berdegil untuk meneruskan demonstrasi Bersih 3.0 walaupun berjanji akan mematuhi perintah mahkamah yang melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga berkata, peserta demonstrasi akan bergerak sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka dan akan berkumpul di tempat-tempat yang tidak dilarang mahkamah.

"Kita tidak akan langgar perintah itu, kita akan berkumpul di tempat- tempat perhimpunan yang tidak disebut dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mahkamah hari ini mengeluar perintah melarang orang ramai, penama atau penganjur demonstrasi Bersih 3.0 daripada menyertai perhimpunan berkenaan di sekitar Dataran Merdeka.

Larangan di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah itu turut melibatkan Jalan Hishamuddin, Jalan Raja serta Jalan Kelab dan ia berkuatkuasa sehingga 1 Mei.-Utusan

Tiada ulasan: