Sabtu, 28 April 2012

Bersih: Dataran jadi tumpuan sejak 9 malam

FAIRUZ JUMAIN & NURUL RIDUAN NOR ASHAHA

 Suasana ketika 1.30 pagi Sabtu, lebih 1,000 penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun berhampiran
 
Suasana ketika 1.30 pagi Sabtu, lebih 1,000 penyokong Duduk 
Bantah Bersih 3.0 berhimpun berhampiran Dataran Merdeka
 
Suasana sekitar jam 9 malam, menghala ke arah Dataran Merdeka, berhampiran Menara DBKL, menjadi tump
 
Laluan menghala ke arah Dataran Merdeka, Suasana sekitar jam 9 malam, menghala ke arah Dataran Merdeka, berhampiram Menara DBKL, menjadi tumpuan orang ramai malam ini.
 
 
[TERKINI, 2.30 PAGI] KUALA LUMPUR - Dataran Merdeka, yang 'diharam' daripada menjadi lokasi penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai berkumpul mulai tengah malam ini, kelihatan 'meriah' apabila kira-kira 300 orang mula mengunjungi lokasi bersejarah itu menjelang protes Duduk Bantah, esok.

Tinjauan mendapati mereka mula berkumpul sejak 9 malam tadi.

Pun begitu, suasana menjadi gawat apabila ada kelompok penyokong Bersih 3.0 mula bersorak ke arah pegawai polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertugas di lokasi tersebut.

Kenderaan yang melalui kawasan ini turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan esok.

Perkembangan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka:

9.53 malam: Suasana sekitar Dataran Merdeka 'meriah' apabila orang ramai datang menyaksikan sendiri kawasan yang diwartakan mahkamah sebagai kawasan larangan.

10.10 malam: Ramai sudah mula buat provokasi ke atas anggota penguat kuasa DBKL dan polis yang bertugas

10.15 malam: Kenderaan-kenderaan yang melalui Dataran Merdeka membunyikan hon tanda sokongan terhadap Bersih 3.0. Kehadiran pengunjung semakin ramai dari semasa ke semasa.

10.20 malam: Dataran Merdeka mula diserbu orang ramai.

10.35 malam: Kumpulan pengunjung di Dataran Merdeka semakin bertambah, kelihatan beberapa anggota polis trafik yang bertugas mula meninggalkan lokasi.

10.36 malam: Laungan 'reformasi' mula kedengaran.

10.36 malam: Provokasi terhadap polis dan DBKL semakin meningkat. Suasana tegang namun anggota polis tenang. Seramai 30 anggota polis mula membuat benteng

1.25 pagi (Sabtu): Lebih 1,000 penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun berhampiran Dataran Merdeka, di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak. Sebahagian penyokong juga duduk di atas jalan raya bagi menyatakan protes. Beberapa jalan utama menuju ke Dataran Merdeka juga ditutup.

1.45 pagi - Seorang penyanyi jalanan turut menyanyikan beberapa lagu sebagai hiburan untuk penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0. Nyanyiannya juga mendapat sambutan di mana orang ramai turut sama bernyanyi dan menepuk tangan mengikut alunan muzik. Dalam pada itu, tinjauan mendapati terdapat beberapa penyokong dari kumpulan Anti-Lynas juga berhimpun di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Tiada ulasan: