Jumaat, 27 April 2012

RABU : SEJARAH PERJUANGAN MEDIA


Tanpa heboh heboh,tanpa potong riben,tanpa bunga manggar.

 Sepuluh hari sebelum bersih,radio bangsar utama telah dilancarkan dari dataran merdeka di sebelah khemah anak anak mudayang sedang berjuang menuntut penghapuskan hutang  ptptn setiap malam dari jam 9.00 - 10.00 radio bangsar utama atau RABU akan dapat di dengar di laman ini.

Radio Bangsar Utama telah dilancarkan pada jam 9.30 malam secara langsung dari Dataran Merdeka.

1 - Radio Bangsar Utama merupakan wadah merdeka di mana ruang media yang selama ini dibungkam pemerintah dibuka luas berlandaskan semangat kebebasan media.

2 - Radio Bangsar Utama dengan motto 'Berani Langgar, Laporan Jelas' berkhidmat kepada rakyat Malaysia melalui skop pemberitaan yang telus, adil dan bertanggungjawab.

3 - Radio Bangsar Utama membawa suara, hasrat dan harapan rakyat Malaysia, merentasi sempadan agama, bangsa demi Malaysia yang adil, dinamik dan berkebajikan.

4 - Radio Bangsar Utama menyokong peluasan ruang demokrasi, dan mengajukan etika proses pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

5 - Radio Bangsar Utama adalah 'Universiti Terbuka' bersifat dua hala, mendidik dan menerima pandangan, dimana semua pendengar adalah pelajar dan guru pada masa yang sama.

6 - Radio Bangsar Utama adalah pentas anak semua bangsa untuk membawa pandangan baru dunia, memecah pandangan lama yang selama ini mengepung minda.

7 - Radio Bangsar Utama merayakan kebebasan berseni dan berkarya dengan bertanggungjawab.

8 - Radio Bangsar Utama meraikan kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat, selagi ianya dicitrakan dalam ruang lingkup yang berhemah.

9 - Radio Bangsar Utama mengangkat pemerdayaan hak setiap insan dan menolak apa jua penindasan, monopoli dan cengkaman pada mana-mana jalur kehidupan.

10 - Radio Bangsar Utama berpegang kepada falsafah; Benar, Tepat dan Berani Melawan!










Tiada ulasan: