Gara-gara
mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah
penduduk yang berang dengan tindakannya itu.Dalam kejadian 11 malam
kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di
tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat
sini.
Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa
diketahui sebab dia berbuat demikian.
“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.
.
“Wanita
itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas
suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.
.
“Terperanjat
dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati
dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.
.
Jelasnya,
panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan
akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan
Damansara Damai 2.
.
Sementara
itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu
Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan
melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.
.
“Kami
serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu
kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,”
katanya.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk
siasatan lanjut.Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan