Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu
menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup
kencang.
“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU
untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun
lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap
penyakit tersebut.
“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad,
dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada
di wad itu selama seminggu.
Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut
mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu
banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu
kesihatan.
“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak
berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga
kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.
Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula
menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan
dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.
Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik
keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab
diamanahkan.
1 ulasan:
saya pernah mengalami nadi kencang. doktor menasihatkan supaya jangan ambil kopi tulen. penghujung september 2011 masuk wad kerana berak berdarah. anak saudara nasihat minum air gamat. pihak hospital buat pemeriksaan tetapi tidak menemui sebarang kesan di usus besar dan kecil atau kantung perut. sebelum tahun baru cina 2012 sekali lagi masuk wad kerana didapati ada jangkitan kuman di paru-paru. selama seminggu berada di wad saya disuntik antibiotik dan ada kalanya disuntik insulin apabila bacaan kencing manis meningkat melebihi 12 mmol/m. saya diserang strok pada 17.9.1999 sehingga lumpuh separuh badan dan terlantar selama 6 bulan di rumah. alhamdulillah, sekarang saya telah berupaya memandu motokar setelah menjalani senaman fizikal secara berterusan. teima kasih (hp: 0194177317)
Catat Ulasan