Sabtu, 28 April 2012

Kawasan Masjid Negara kembali tenang

 
Jalan Kinabalu dan laluan sekitar bulatan Masjid Negara mula dibuka dan dilalui kenderaan orang ramai seperti biasa.




KUALA LUMPUR: Di Masjid Negara pula keadaan tenang apabila beberapa kumpulan kecil menunaikan solat Asar dan berehat di perkarangan masjid sebelum dilihat mula beransur meninggalkan premis sekitar jam 5.00 petang tadi.

Jalan Kinabalu dan laluan sekitar bulatan Masjid Negara mula dibuka dan dilalui kenderaan orang ramai seperti biasa.

Berbeza dengan keadaan di awal petang tadi, gas pemedih mata dilepaskan ke arah peserta Bersih 3.0 Duduk Bantah.

Kawasan berhampiran Dataran Merdeka kelihatan tenang dan sunyi selepas polis berjaya menyuraikan peserta Bersih 3.0.

Sebelum itu, polis berjaya menyekat kemaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kira-kira 5,000 penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.

Anwar yang mula tiba dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur mula berjalan ke Masjid Negara pada pukul 12.30 tengahari tadi sambil diiringi laungan ‘Reformasi’.

Namun berjaya disekat oleh barisan anggota polis yang membuat kubu menghalang kumpulan terbabit.
Anwar kemudiannya berundur semula ke perkarangan Masjid Negara dan dijangka bergerak semula selepas Solat Zuhur.

Tiada ulasan: