Prinsip berteraskan nilai atau Prinsip berteraskan wala’?
Dah banyak kali aku dengar dan baca macam ayat dibawah ni,
“atas pagar tu org yg tiada pendirian,umpama lalang.jadi …fikir,fikirkan lah.bezakan yang mana baik dan yang mana buruk.mati esok nk masuk syurga ke neraka.takkan x pandai fikir.”
Sapa yang ada pendirian…dan sapa yang ada prinsip?
Masa aku dalam PKR dulu, aku selalu dengar orang cakap..”kita perlu istiqamah dengan perjuangan.” “Kita perlu teruskan perjuangan.” Perjuangan apa?
Ramai orang menyertai parti kerana tokoh individu yang ada dalam parti itu. Bila Anwar dalam penjara..PKR macam setengah mati. Tapi bila Anwar keluar penjara..penuh la orang menghurung Anwar. Ramai juga yang masuk Pas pasal Nik Aziz.
Dan orang-orang ini lah yang kebanyakannya bercakap tentang “perjuangan”. Sapa yang kekal dengan Anwar akan dianggap “pejuang” manakala yang lari meninggalkan Anwar dianggap “lari dari perjuangan”.
“Perjuangan” aku bukan untuk memperjuangkan Anwar. Aku mahu mengubah sistem. yang dah dihancurkan oleh Umno.
Ambil satu contoh: aku mahu satu sistem pemilihan kepimpinan yang adil, telus dan terbuka. Dalam Umno mana ada yang telus dan terbuka. Dalam pilihanraya pun mana ada yang bersih dan adil. Semuanya main duit dan tipu.
Bila PKR membawa prinsip yang sama untuk untuk membebas dan membersihkan SPR…aku sokong. Aku sokong PKR bukan pasai Anwar tapi kerana mempunyai prinsip yang sama. Tapi bila sistem pemilihan dalam parti PKR pun lebih teruk dari SPR yang nak aku lawan…apakah aku kena terus menyokong PKR?
Dalam Pilihanraya, sekurang-kurangnya, SPR mengumumkan berapa jumlah undi yang diperolehi oleh yang menang dan kalah…tapi dalam PKR cuma diumumkan nama pemenang. Berapa undi depa dapat…sapa pun tak tau! Yang ni dikatakan telus dan adil?
So..aku kutuk dan aku kritik. Bila aku kutuk..ada orang marah. “Oi Mat Saman..kalau tak setuju dengan dasar parti…keluar la!” Itu yang orang cakap kat aku.
Aku setuju dengan “Prinsip” tersebut. Kalau aku tak setuju..dan aku tak boleh nak kutuk..lebih baik keluar. Apakah aku lari dari perjuangan? apakah aku sudah menggadaikan prinsip?Apakah aku sudah tidak ada pegangan?
Apakah aku keluar dan menyertai kuasa ketiga untuk buat taik…atau aku keluar pasai hangpa buat taik?
Kalau aku keluar PKR dan menyertai Umno..yang tu hangpa boleh kata aku sudah menggadai prinsip sebab aku telan balik apa yang aku ludah. Tapi aku masih tetap sama..menentang sistem. Bagaimana pulak dengan PKR yang merosakkan sistem? Macam mana pulak dengan ahli PKR yang bersekongkol dengan penipuan? apakah mereka masih lagi dianggap pejuang manakala aku yang keluar dianggap pengkhianat?
Sistem yang adil, telus dan bersih itu adalah satu nilai. Nilai ini dijadikan teras prinsip. Kalau Umno buat pilihanraya yang adil, telus dan bersih…aku sokong. Kalau PKR buat sistem pemilihan yang adil, telus dan bersih aku sokong. Kalau Umno buat pemilihan yang kotor dan menipu..aku tentang. Kalau PKR buat macam tu juga aku tentang.
Prinsip aku bukan berteraskan wala kepada individu. “Kalau Umno buat…salah..kalau Anwar buat..betul.” Itu bukan prinsip aku.
Hassan Ali buat taik sejak dia masih lagi Pesuruhjaya Pas Selangor. Masa tu bila aku kutuk Hassan Ali..orang Pas kutuk aku balik. Depa kata aku tak ada hak untuk mengkritik Hassan Ali sebab aku bukan orang Pas. Tapi hangpa ada hak untuk kutuk Umno walaupun hangpa bukan orang Umno!!
Ini prinsip apa da?
Kalau Hasan Ali betul..kita sokong. Kalau Hasan Ali salah..kita tentang. sokongan dan dan tentangan perlu berasaskan nilai…bukan berasaskan individu.
Aku tak mau la kata Hasan Ali bodoh. Kadang-kadang, penyamun lebih pandai dari polis. Dan bila Hassan Ali disingkir dari Pas, dia terus kata dia akan memimpin “Kuasa Ketiga”. Dan orang Pas pun terus kutuk “Kuasa Ketiga”.
Sejak beberapa bulan lalu, “Kuasa Ketiga” sudah menjadi ancaman kepada Umno. Sebahagian dari “Kuasa Ketiga” menggerakkan kembali ABU=”Asalkan Bukan Umno”. Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar sendiri sama-sama melancarkan ABU. Malah pelancarannya juga dibuat di Markas Pas Taman Melewar.
Bila Hassan Ali keluar, dan mengisytiharkan diri sebagai “Kuasa Ketiga”… dia cuba meneutralkan “Kuasa Ketiga” yang menjadi ancaman kepada Umno. Penyokong Pakatan pun terus kutuk “Kuasa Ketiga”.
Tolong la…cuba kenali betul-betul siapa kawan dan siapa lawan.
Satu lagi prinsip atau pegangan aku ialah menentang AUKU. Pakatan Rakyat juga menentang AUKU. Itu pasai aku sokong Pakatan Rakyat.
Bila mahasiswa memberontak menentang AUKU…aku bukan saja sokong, malah aku tepuk tangan.
Bila Adam Adli turunkan gambar Najib, semua penyokong Pakatan menganggap Adam Adli sebagi hero. Adam Adli disanjung.
Bila Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) membuat demo di UPSI..pun kita sokong.
Tapi bila SMM buat demo di KUIN…tiba-tiba saja budak-budak ni dah jadi ejen Umno…dah jadi talibarut Umno. Pasai apa? Pasai KUIN dibawah kerajaan negeri yang dipegang oleh Pakatan. Bila Umno menggunakan AUKU..kita tentang. Tapi bila Azizan berkeras mahukan AUKU…kita setuju pulak.
Bila SMM buat demo di UPSI…depa ni dianggap pejuang kebebasan pelajar. Tapi bila depa buat demo di KUIN..depa ni talibarut Umno. Ejen Yahudi laknatullah!! (boleh baca kat sini)
Kamon la..ini prinsip apa?
Kalau Najib buat..salah. Kalau Azizan buat… juga salah!! Kebenaran dan kesalahan bukan bergantung kepada sapa yang buat tapi bergantung kepada apa yang dibuat.
ada sikiiit lagi….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan