Dalam kenyataan semalam, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka.
Namun begitu, beliau menyatakan bahawa isu ini perlu pindaan perlembagaan.
Sepatutnya, bukan sahaja kuasa pemantauan diberikan kepada kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bahkan kuasa pendakwaan juga sepatutnya diberikan kepada SPRM, dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara sebagaimana kini.
Apa yang penting bagi SPRM bukan semata-mata siasatan, tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan. Rakyat masih bertanya ke mana pendakwaan kes berprofile tinggi yang pernah dinyatakan oleh RaisYatim, demikian juga isu besar NFC dan sebagainya.
Sehubungan itu, PAS melalui Jawatankuasa Khas Parlimen akan meneliti dan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti-Rasuah yang dicadangkan PM dengan beberapa perkara yang disebut di atas.
PAS akan mengemukakan usul tersebut di dalam sidang parlimen akan datang.
PM tidak perlu menunggu untuk mendapatkan 2/3 majoriti dalam pilihanraya akan datang, kerana rakyat akan menilai sejauh mana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan BN terhadap usul yang akan dibawa PAS.
Rakyat sudah tentu masih ingat wayang "anti-rasuah" Yang dimainkan ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan Kasitah Gaddam dan Eric Chia.
Jika PM ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji berbentuk "you help me, I help you" untuk mendapatkan undi rakyat, kerana pihak PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat.
*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.
Selasa, 28 Februari 2012
PAS kepada Najib: Usah tunggu majoriti 2/3 untuk bawa perubahan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan