Ahad, 26 Februari 2012

Polis: Himpunan Hijau cuma tarik 3,000 orang

FREE MALAYSIA TODAY

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain hadir di perhimpunan itu.


KUANTAN: Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di padang MPK 4 di sini hari ini gagal menarik kehadiran 20,000 orang seperti disasarkan apabila hanya kira-kira 3,000 orang hadir pada perhimpunan bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu namun polis kesal kerana terdapat kalangan mereka di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan itu, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof.

Beliau berkata polis kesal dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang telah dipersetujui bersama bagi mengadakan perhimpunan itu sebelum ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke perhimpunan itu termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin parti politik pembangkang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Jasmani berkata, pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa pemimpin politik turut membuat ucapan berbaur politik pada perhimpunan itu sekalipun antara syarat perhimpunan itu ialah tidak dibenarkan berceramah perkara lain selain isu alam sekitar.

Syarikat Lynas Advanced Material Plants telah diberikan lesen untuk beroperasi sementara.- Bernama

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya perhimpunan ini tidak mencapai sasaran yang dinginkan.

Tanpa Nama berkata...

semua yang hadir itu pun dikalangan ahli2 Pakatan..

Bujang Senang berkata...

sambutan yang kurang terhadap perhimpunan Hijau tersebut menampakkan semua itu cuma agenda politik pihak pembangkagn.

Bujang Senang berkata...

Jangan mudah terpedaya dengan apa yang orang katakan. Sebaiknya kita lihat dulu dari segi kebaikkan sesuatu perkara.

Bujang Senang berkata...

Lynas sememang tujuan adalah baik bagi memastikan rakyat dapat menikmati elektrik yang mencukupi dan menyelesaikan beberapa masalah kekurang sumber tenaga.

Bujang Senang berkata...

Semoga apa yang dirancang oleh kerajaan ini akan mendapat sambutan dan juga akan terus menerima padangan yang positif bagi memastikan kelemahan yang ada dapat diperbetulkan.

Bujang Senang berkata...

Himpunan hijau ini cuma adalah tujuan politik semata-mata. Maka rakyat dapat menghidu agenda ini menyebabkan tidak ada sambutan.

TuhauBam berkata...

Perhimpunan tu biar la betul2 mencerminkan kehijauan bukan keganasan. seperti yang dilaporkan ada pergaduhan dalam perhimpunan tu.

Tanpa Nama berkata...

Berhimpun isu Lynas okay, tapi kalau sudah mahu kaitkan dengan politik macam tersasar sudah tu.

Tanpa Nama berkata...

Diharap ada maklumat sebenar tentang kedudukan Lynas ini. Isu ini lama kelamaan mengelirukan rakyat saja.

jackie berkata...

Himpunan hijau ini hanya untuk kepentingan politik pembangkang sahaja.

jackie berkata...

Sasaran 20,000 org, yang datang hanya 3 ribu sahaja,ini menunjukkn rakyat tidak percaya kepada pembangkang.

jackie berkata...

Kerajaan juga seharusnya memberi penjelasan kepada rakyat berkenaan dengan isu lynas, agar rakyat faham.