Sehingga kini masih ada 10 hingga 15 peratus kerusi bertindih dan belum dapat diselesaikan antara PAS, PKR dan DAP.
KUALA LUMPUR: PAS masih belum mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, pertindihan itu melibatkan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negeri termasuk isu sama ada mahu mengekalkan status quo seperti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
“Kita masih dalam peringkat perbincangan dan percaya dapat selesaikan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya sama ada PAS mahu membuka ruang 30 peratus kerusi kepada calon wanita untuk pilihan raya akan datang, Mustapa berkata isu itu masih dalam pertimbangan.
Katanya, itu terpulang kepada keputusan peringkat tertinggi sama ada mahu membuka ruang maksimum 30 peratus berdasarkan kelayakan calon.
Ini berikutan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada PRU13 kepada PAS Pusat awal bulan Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan